“Mendengar lagu tema Champions League adalah perasaan yang hebat. Champions League sentiasa membawa makna tersendiri kepada ramai orang – bagi kami sebagai pemain, ia memberi makna istimewa. Bila lagu temanya dimainkan, bulu roma saya berdiri.” – Dani Carvajal (Real Madrid).
“Ianya bagaikan mimpi bila memikirkan anda akan bermain di Champions League. Apabila anda berdiri bersama rakan-rakan sepasukan, mendengar lagu tema Champions League, bulu roma anda akan berdiri.” – Marc-Andre ter Stegen (Barcelona).
Anda tahu sebuah lagu itu hebat jika ia mampu membuat bulu roma anda meremang. Lagu Champions League adalah salah satu lagu yang mampu memberi anda perasaan sebegitu.
Tetapi tahukah anda sejarah dan asal-usul lagu Champions League?
Asal-usul melodi lagu
Muzik lagu tema Champions League diambil dan diubah suai daripada lagu gubahan komposer British kelahiran Jerman abad ke-17, Handel, yang bertajuk Zadok the Priest.
Zadok the Priest merupakan salah satu daripada 4 lagu yang digubah oleh Handel untuk dimainkan ketika upacara pertabalan King George II pada 1727. Tradisi memainkan lagu ini ketika upacara pertabalan diraja British masih dipertahankan sehingga kini.
Pada 1992, UEFA mengupah komposer British, Tony Britten, untuk menulis lagu tema Champions League yang pada ketika itu baru sahaja bermula. Lagu tersebut dimainkan semula oleh Royal Philarmonic Orchestra dan dinyanyikan oleh Academy of St. Martin in the Fields Chorus.
Lirik lagu
Versa 1:
Ce sont les meilleures equipes (Inilah pasukan terbaik)
Es sind sie allerbesten Mannschaften (Pasukan terhebat)
The main event (Upacara utama)
Korus:
Die Meister (Yang pakar)
Die Besten (Yang terbaik)
Les grandes equipes (Pasukan yang terhebat)
The champions! (Yang juara!)
Versa 2:
Une grande reunion (Upacara terbesar)
Eine große sportliche Veranstaltung (Upacara sukan terhebat)
The main event (Upacara utama)
Pra-korus:
Ils sont les meilleurs (Merekalah yang terbaik)
Sie sind die Besten (Merekalah yang terhebat)
These are the champions (Yang juara!)
(Ulang korus)
Lirik lagu ini mengandungi tiga bahasa rasmi UEFA iaitu bahasa Jerman, Perancis dan Inggeris.
https://www.youtube.com/watch?v=0Qqd6T_A9LY
Baca juga: Rafa Benitez Dimaki Oleh Cristiano Ronaldo Selepas Latihan Ini