Baru-baru ini kelab komuniti dari Terengganu, Raja Permin FC menerima anugerah media sosial terbaik daripada pihak Terengganu Amateur League (TAL) 2018 yang bersaing dalam divisyen 5, Liga M5.
Anugerah tersebut merupakan satu pengiktirafan kepada barisan media kelab tersebut yang sentiasa aktif di media sosial untuk menyampaikan maklumat dan perkembangan pasukan kepada para penyokong.
https://twitter.com/RajaPerminFC/status/1081587847952424960
Paling menarik, mereka juga telah mencuri tumpuan akaun media sosial milik kelab bola sepak terkemuka dunia dari Itali, As Roma yang memuji mereka sebagai akaun media sosial kelab bola sepak paling aktif di Malaysia.
Peminat bola sepak Twitter pastinya sudah maklum bahawa akaun rasmi AS Roma merupakan salah satu akaun Twitter rasmi yang wajib diikuti. Tak kiralah jika anda menonton bola sepak Itali atau tidak.
#ASRoma’s Twitter Team of the Day is @RajaPerminFC. Founded in 1995, they play in Malaysia’s fifth division but their dream is to one day represent the city of Kuala Terengganu in the top flight. Very active on Twitter, last week they won an award for their use of social media 👏 pic.twitter.com/SCAnTLh7b9
— AS Roma English (@ASRomaEN) January 6, 2019
‘Crush’ AS Roma terhadap Raja Permin FC bermula pada 8 Oktober 2018 apabila mereka ‘mengikuti’ akaun Twitter rasmi Raja Permin FC.
Malah deklarasi crush AS Roma ini turut membuatkan akaun Twitter rasmi Raja Permin mendapat tambahan followers baru dari serata dunia.
Untuk pengetahuan anda, kadar engagement akaun Twitter AS Roma merupakan yang tertinggi dalam kalangan kelab-kelab Serie A dan juga antara tertinggi di dunia!
Raja Permin Football Club, a small community club from Malaysia.
Just want to show @RajaPerminFC some love! 🇲🇾🤝🇮🇹 https://t.co/2UZvFSupgO
— AS Roma English (@ASRomaEN) October 9, 2018
Raja Permin FC merupakan kelab kecil yang ditubuhkan di Chendering, Kuala Terengganu pada tahun 1995. Penubuhan Kelab ini diasaskan oleh cetusan idea Allahyarham Syed Mustaffa bin Tuan Kuning dengan mengabungkan pemain-pemain dari Kampung Raja ( Raja Chendering, Raja Baram dan Rajawali ) dan pemain – pemain dari Taman Permin Jaya.
Walaupun kelab ini masih kurang dikenali dalam kalangan peminat bola sepak tanah air, namun cara mereka menguruskan akaun media sosial dengan paparan grafik yang menarik wajar dicontohi oleh barisan media yang ditugaskan untuk mengurus akaun media sosial pasukan Liga Super dan Liga Premier.
Apapun, semuanyaBOLA mengucapkan tahniah kepada Raja Permin FC.