AS Monaco berharap dapat menyelesaikan perpindahan Cesc Fabregas pada minggu hadapan. Pemain perancang tengah dari Sepanyol itu, sebelum ini sudah diberitahu tidak dijamin akan mendapat tempat dalam pasukan utama oleh Chelsea.
Cesc Fabregas hanya bermain 154 minit sahaja dalam EPL musim ini di bawah kendalian Maurizzio Sarri. Struktur gaji Fabregas antara sebab kenapa Chelsea terpaksa melepaskan pemain itu.
Dalam pada itu, Chelsea juga mahu mengimbangi semula struktur gaji pemain mereka secara keseluruhan. Ini bagi memberikan ruang kepada Chelsea untuk melanjutkan kontrak pemain seperti Hazard dan juga mendapatkan beberapa pemain bintang.
Selain daripada AS Monaco pasukan AC Milan juga antara yang berminat mahu mendapatkan pemain tengah itu. Namun namun begitu laporan Get French Football menyatakan: AS Monaco positif mampu mencapai kesepakatan dengan Chelsea untuk pemain tersebut.
Monaco kini dibimbing oleh bekas kapten Fabregas ketika di Arsenal iaitu Thierry Henry. Kontrak semasa Cesc Fabregas akan berakhir pada Jun 2019 ini. Jika Monaco mahu mendapatkan Fabregas secara percuma mereka harus menunggu sehingga perpindahan musim akan datang.
Namun berdasarkan situasi semasa kelab itu sangat memerlukan seorang perancang tengah sekarang – dalam usaha keluar daripada zon penyingkiran. Monaco kini berada di tangga ke-19 dalam Ligue 1.