Mahkamah Munich mengarahkan pemain tengah Chile dan Barcelona, Arturo Vidal membayar denda sebanyak 800,000 euro (RM3.38 juta) selepas didapati bersalah melakukan serangan dalam pergaduhan di kelab malam di Jerman, tahun lalu.
Mahkamah Daerah Munich mendenda pemain kebangsaan Chile itu berdasarkan gajinya selama 80 hari, yang dikira 10,000 euro (RM47,915) sehari selepas dia meninggalkan Bayern Munich pada Ogos lalu selepas tiga tahun beraksi di Jerman.
Soccer Star Arturo Vidal Convicted In Nightclub Attack, Smashed Man With Vodka Bottle https://t.co/rdeku2d79s
— TMZ (@TMZ) October 17, 2018
Pemain berusia 31 tahun itu tidak hadir di mahkamah bagi mendengar keputusan hakim kerana beraksi ketika Chile menewaskan Mexico 1-0 pada aksi persahabatan antarabangsa, semalam.
Peguamnya berkata, anak guamnya ‘dihalang secara profesional’ untuk berada di Bavaria.
https://twitter.com/FancyDiMaria/status/1052814222948741120
Vidal dan adik tirinya didapati bersalah kerana menyerang seorang lelaki di kelab malam Crown pada September 2017 yang dirakam menerusi rakaman video keselamatan.
Adik tiri Vidal yang berusia 25 tahun, Sandrino turut didenda 18,000 euro (RM86,000) berdasarkan gajinya selama 120 hari iaitu 150 euro (RM718) sehari penalti yang lebih besar kerana dia turut membaling gelas dalam insiden itu.
Arturo Vidal has been fined €800,000 for an incident involving him smashing a bottle of Vodka over a man’s head in a nightclub in Germany. The incident took place during the Octoberfest in 2017. [Sport] pic.twitter.com/3zzEL4qwTv
— Blaugrana (@Blaugranarealm) October 18, 2018
Sejak menyertai Barcelona, Vidal bergelut untuk mendapatkan peluang bermain dalam skuad yang dipenuhi bintang di bahagian tengah dan hanya beraksi dalam dua daripada lapan perlawanan liga setakat ini.