Arteta Ke Arsenal: Wenger Sudah Beritahu Kualiti Beliau Sebelum Ini

Ianya bukan rahsia lagi, Arsenal memang mahukan bekas kapten mereka Mikel Arteta sebagai pengurus baharu pasukan mereka.

Pengarah Urusan Arsenal sendiri dilihat sudah berkunjung ke rumah Arteta sebelum ini.

Kapten Arsenal?

Mungkin ramai yang lupa bahawa Arsene Wenger pernah memilih Mikel Arteta sebagai kapten pasukan Arsenal walaupun ada ramai calon lain.

Kenapa?

Sebab Arsene Wenger memang melihat kualiti ada pada Arteta sebagai seorang organizer di dalam padang.

Apabila ada seorang pemimpin yang lebih daripada seorang kapten, maka pengurus ataupun jurulatih akan lebih mudah untuk fokus kepada aspek pengurusan teknikal di bangku simpanan.

Pada tahun akhir Arteta di Arsenal, beberapa pemain Arsenal pernah menyatakan Arteta beberapa kali diberikan kepercayaan oleh Wenger untuk mengendalikan sesi latihan penuh untuk pasukan.

Kepercayaan itu hadir kerana Arteta memiliki karakter dan dihormati oleh pemain lain. Jika hanya pandai taktikal tetapi rakan-rakan sepasukan tidak menghormatinya, itu tidak akan melayakkan Arteta diberikan kepercayaan sebegitu besar.

Wenger seringkali mendapatkan pandangan Arteta ketika rehat separuh masa. Kerana pemain itu kerap di bangku simpanan, akibat kecederaan dan juga tidak cergas untuk bermain.

Arteta kerap memberikan pandangan beliau secara spontan ketika di bangku simpanan tentang apa yang beliau lihat.

Ketika di Manchester City, beliau turut bersikap serupa. Sentiasa berani menyatakan pandangannya tentang taktikal kepada Pep Guardiola.

Semangat dalam kejurulatihan

Beliau merupakan jurulatih yang penuh semangat / passion. Ramai pemain di Manchester City menyataka Arteta telah banyak membantu mereka, terutama sekali untuk melakukan latihan tambahan.

Biasanya latihan tambahan adalah dilakukan oleh pemain bersendirian. Dan hanya masa tertentu mereka ditemani jurulatih. Ini kerana ianya di luar waktu tugasan.

Jurulatih kadangkala sibuk mempersiapkan tugasan lain dan perancangan untuk sesi berikutnya mengikut kehendak pengurus / ketua jurulatih.

Getty Images

Tetapi di Manchester City, ramai pemain mereka melakukan latihan tambahan dengan pemantauan Arteta.

Ianya Mikel Arteta ok! Pembantu kepada pengurus utama. Bukannya jurulatih yang lain.

Kualiti jurulatih pada Arteta

Arteta sentiasa terbuka meluangkan masa dengan para pemain walaupun sehingga lewat malam dan hanya seorang pemain sahaja.

Leroy Sane, Raheem Sterling dan Gabriel Jesus antara 3 nama yang secara terbuka menyebut betapa pentingnya Arteta dalam membantu mereka memperbaiki aspek permainan mereka terutama sekali penyudah.

Ketika Pep Guardiola mahu menjadikan Raheem Sterling sebagai penyerang sayap lebih prolifik, beliau menyerahkan tugasan kepada Arteta untuk mengendalikan latihan pemain itu secara intensif.

Kesannya dalam beberapa musim ini Sterling sudah menjadi penyerang prolifik dan bersaing dengan nama-nama penyerang prolifik yang lain.

Guardiola sendiri mendedahkan perkara itu kepada media. Memberikan kredit kepada Mikel Arteta.

Oleh sebab itu Pep Guardiola menyatakan Arteta sebenarnya sudah bersedia untuk menguruskan pasukan beliau sendiri.

Filosofi

Arteta merupakan pemegang filosofi permainan bola sepak yang berasaskan total football. Beliau lahir daripada akademi La Masia.

Dan itulah sebabnya Pep Guardiola menjadikan beliau pembantunya. Ianya kerana mereka memegang falsafah yang sama.

Martin Keown menyatakan: “Filosofi di Arsene Wenger di Arsenal adalah mirip kepada apa yang ada di Barcelona. Arteta datang dari latar belakang Barcelona. Arteta calon yang sesuai untuk menguruskan pasukan Arsenal.”

Cabaran

Arteta tidak pernah menguruskan pasukan secara penuh seperti mana Frank Lampard sebelum ini. Ia akan menjadi cabaran yang sangat besar untuk beliau.

Namun dahulu, Barcelona memberikan kepercayaan yang kuat kepada Pep Guardiola yang hanya menguruskan Barcelona B.

Jika Arsenal melantik Arteta, adakah beliau mendapat sokongan seperti yang Guardiola dapat di Barcelona?

Guardiola pernah mendedahkan tidak semua orang percayakan beliau. Namun beliau bertuah kerana Johan Cruyff sentiasa menyatakan sokongan kepada Guardiola.

Beberapa pemain muda seperti Iniesta juga memberikan sokongan kepadanya dan menjadi keyakinan kepadanya.

Di Arsenal mereka tidak ada figura yang seperti Cruyff, jika Arteta mendapat tekanan.

Arsene Wenger pula jelas sekali tidak berada dalam organisasi Arsenal yang ada ketika ini.

https://twitter.com/AFC_Carys/status/1206597275008602112

Harus diakui, kehadiran Arteta ke Arsenal adalah satu reset button untuk Arsenal. Adakah mereka sanggup memberikan Arteta masa yang cukup untuk membuktikan kualiti beliau?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN