Arteta: Aubameyang Perlukan Keyakinan Untuk Terus Meledak

Pierre-Emerick-Aubameyang-Arsenal-captain-signs-a-new-three-year-contract
Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Loading official content
Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio
Take a look at the arrival of the Brazilian national team players in Teresópolis, Rio de Janeiro, where the squad starts the preparation for the World Cup Qualifiers.
0 seconds of 31 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
00:31
00:31
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Guimaraes after Newcastle win Carabao Cup: 'The best day of my life' PSG dominate Marseille in Le Classique Slot on tough week after losing vs PSG and Carabao Cup final Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Kompany after draw at Union Berlin: 'It was not a bad performance' Ronaldo, Mané, Durán score as Al-Nassr thump Al-Kholood Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Lihat lebih video CBF di OneFootball

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta berharap keupayaan Pierre-Emerick Aubameyang menjaringkan gol pada perlawanan Piala FA 2020/21 menentang Newcastle United awal pagi tadi dapat memberikannya keyakinan untuk terus meledak selepas ini.

Gol yang dihasilkan pada lewat aksi masa tambahan itu menyaksikan kemarau jaringan Aubamayeng berakhir di mana kali terakhir beliau menjaringkan gol adalah ketika menentang Southampton, 17 Disember lalu.

Satu lagi jaringan Arsenal pada perlawanan yang berlangsung di Emirates Stadium itu terhasil menerusi jaringan menarik pemain muda, Emile Smith Rowe, juga di masa tambahan.

Melihatkan kepada perkembangan positif ditampilkan kaptennya itu, Arteta mengharapkan beliau dapat terus mempamerkan penyudah tajam di hadapan pintu gol lawan.

Sehubungan dengan itu, pengendali kelahiran Sepanyol tersebut mengakui Aubameyang harus mendapatkan keyakinan untuk kembali menemui bisa sentuhannya.

”Dia memerlukan keyakinan,” ujar Arteta menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Dia juga perlu mendapatkan semula momentum tersebut dan mula meledakkan jaringan seperti yang biasa dilakukannya sebelum ini.”

”Saya rasa jaringan yang dihasilkannya pada hari ini akan menjadi kunci kepada kebangkitannya.”

Mula menyertai Arsenal pada pertengahan musim 2017/18, Aubameyang yang direkrut dari Borussia Dortmund telah menjaringkan 76 gol dalam 127 penampilan di semua pertandingan.

Arsenal yang semakin menunjukkan kebangkitan dalam saingan liga bakal menghadapi cabaran sebuah lagi kelab London, Crystal Palace untuk perlawanan ke-18 pada 15 Januari nanti.

Kredit featured image: Arsenal.com

Baca artikel lain dari kami mengenai Aubameyang:

Mikel Arteta: Hero Kita, Aubameyang Akan Kekal Di Emirates

Thierry Henry: Saya Tiada Hak Tentukan Masa Depan Aubameyang

Arsenal Dilihat Hampir Pasti Kekalkan Aubameyang Di Emirates

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN