Arsene Wenger Yakin Barcelona Akan Bawa Masuk Penyerang Baharu

Arsene Wenger

Bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger yakin bahawa kelab gergasi Sepanyol, Barcelona akan berusaha untuk mendapatkan penyerang baharu bagi menghadapi saingan La Liga 2020/21 nanti.

Dengan prestasi Antoine Griezmann yang begitu bergelut untuk memberikan aksi terbaiknya seperti ketika bersama Atletico Madrid. Pemenang Piala Dunia 2018 itu hanya menjaringkan 14 gol daripada 37 penampilan dalam semua pertandingan disertai pada musim ini.

Manakala, desas-desus Luis Suarez akan meninggalkan pasukan turut semakin menguatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Wenger itu.

Barcelona juga kelihatan cukup berminat untuk membawa masuk penyerang muda Inter Milan, Lautaro Martinez untuk memberikan nafas baharu di jentera serangan kelab tersebut.

”Barcelona akan sentiasa membawa masuk pemain yang hebat. Secara peribadinya, saya tidak pasti sama ada Suarez perlu untuk digantikan,” ujar Wenger menurut laporan Goal.

”Mereka boleh menambah penyerang yang lain kerana memang benar bahawa Suarez dan [Lionel] Messi merupakan penyumbang gol utama buat pasukan dan mereka memerlukan seseorang yang boleh menjaringkan gol.”

”Saya masih merasakan Griezmann berada di tahap akan mula untuk menjaringkan gol, dia kelihatan tidak begitu menyesuaikan diri dengan pasukan, mungkin sekarang dia lebih segar kerana dia juga merupakan seorang penjaring yang baik.”

”Bagaimanapun saya tetap yakin mereka tetap akan membeli penyerang baharu,” tambah Arsene Wenger lagi.

Lionel Messi merupakan penjaring terbanyak buat Barcelona pada musim ini setelah beliau menjaringkan 24 gol dalam semua pertandingan disertai dengan 19 daripadanya terhasil dalam saingan La Liga.

Sementara itu, Barcelona menghuni tangga teratas La Liga selepas mengumpul 58 mata, berkelebihan dua mata di hadapan musuh tradisi, Real Madrid.

Kredit featured image: David Ramos/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Barcelona:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN