Arsene Wenger Yakin Arsenal Mampu Raih Kedudukan Empat Teratas

Arsene Wenger

Bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger melihat terdapat perkembangan positif dalam kem The Gunners yang dikendalikan Mikel Arteta dalam menghadapi saingan musim 2020/21.

Arsenal yang bakal bersaing dalam saingan Liga Europa musim ini sedang menduduki tangga keempat Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mengumpul sembilan mata hasil tiga kemenangan dan satu kekalahan dialami.

Dalam memantapkan barisan pemainnya, Arteta telah membawa masuk beberapa pemain berkualiti seperti Thomas Partey dari Atletico Madrid, Willian dan Gabriel Magalhaes serta turut melengkapkan perpindahan secara tetap dua pemain yang dipinjamkan pada musim lalu, Cedric Soares dan Pablo Mari.

Sehubungan dengan itu, Wenger yang membimbing Arsenal bermula 1 Oktober 1996 hingga 13 Mei 2018 melihat The Gunners mampu untuk menamatkan saingan liga musim ini di kedudukan empat pasukan teratas.

”Teruslah menguasai pasukan ini, seperti yang dilakukan olehnya [Mikel Arteta] pada ketika ini dan capai puncak kejayaan.”

”Saya merasakan pasukan ini mempunyai semangat yang bagus dan mereka memiliki peluang untuk melakukan yang terbaik,” ujar Wenger menurut laporan dikeluarkan Goal.

‘”Saya percaya tidak sukar untuk mereka memperbaiki jumlah mata yang diraih pada musim lalu, tetapi saya yakin Arsenal mampu berada di kedudukan empat pasukan teratas.”

”Mereka mampu menjadi pakej yang mengejutkan buat saya pada tahun ini. Mereka membeli pemain dengan baik, meeka juga memantapkan jentera pertahanan dan mengekalkan pemain yang sudah berada di kelab ini.”

”Pada tahun terakhir di sana, saya telah membeli Pierre-Emerick Aubameyang, mereka mengekalkannya. Mereka mempunyai setiap ramuan dan tidak terlihat kelemahan yang ketara,” tambah Arsene Wenger lagi.

Kredit featured image: David Price/Arsenal FC via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Arsenal:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN