Arsene Wenger tidak pernah ragu akan kualiti Jack Wilshere. Namun jika pemain itu merasakan dia mahu pergi ke kelab lain, Wenger akan terbuka untuk menerimanya.
Ini kerana Wenger tidak mampu menjanjikan Wilshere minit yang lebih banyak di Emirates. Pemain tersebut pula mungkin akan mencari kelab yang boleh menjadikan beliau pemain utama.
Pemain seperti Wilshere boleh menjadi pemain utama setiap minggu di kelab lain jika cergas. Manakala di Arsenal, Wenger memiliki ramai pemain tengah berkualiti.
Wilsher bermain di Bournemouth untuk satu musim secara pinjaman musim lalu. Wilshere mendapat minit yang banyak sehinggalah pada April pemain tersebut tercedera.
Wilshere baru kembali ke padang dalam perlawanan di mana beliau terlibat dalam insiden ‘ganas’ di dalam padang ketika bermain untuk skuad belia Arsenal.
Bercakap kepada wartawan tentang Wilsher, Wenger berkata:
“Saya mengambil dasar terbuka Jack. Kami sudah berbincang dengan jujur. Saya terbuka untuk apa yang terbaik bagi dia.”
“Dia kini dalam satu fasa di mana dia perlukan lebih banyak perlawanan dan kami tidak mampu menjanjikan beliau hal itu.”
“Jika dia kembali ke pasukan utama selepas cergas sepenuhnya, dan dia cakap dia mahu kekal di sini, kami akan duduk semeja untuk bincangkan hal ini.”
Wenger tidak menolak kemungkinan Jack Wilshere akan dilepaskan secara pinjaman sekali lagi kelab lain dalam baki jendela perpindahan yang tinggal seminggu sahaja lagi.