Arsene Wenger: Sudah Pasti Jose Mourinho Tidak Akan ‘Meletakkan Bas’ Pada Sabtu Ini

Arsene Wenger

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger yakin bahawa Jose Mourinho tidak akan sesekali mengarahkan Manchester United bermain secara bertahan walaupun pengurus kelahiran Portugal itu  terkenal dengan reputasi gemar ‘meletakkan bas’ dalam aksi besar.

Manchester United yang berada di kedudukan kedua Liga Perdana Inggeris akan berkunjung ke Stadium Emirates pada Sabtu ini bagi perlawanan ke-15 liga.

Red Devil pasti akan hadir dengan reputasi yang cemerlang selepas berjaya mengatasi Watford 4-2 di Vicarage Road.

Tetapi skuad kendalian Jose Mourinho itu masih belum pernah memenangi aksi di tempat lawan ke atas ‘enam lawan gergasi’ sejak tiba ke Old Trafford dengan hanya mengutip tiga mata daripada tujuh aksi bertemu Chelsea, Arsenal, Manchester City, Liverpool dan Tottenham.

Perjalanan itu termasuk kekalahan 0-2 di tangan Arsenal musim lalu yang mana menyaksikan Wenger meraih kemenangan pertama ke atas Mourinho selepas 16 percubaan. Yang terbaru, mereka tewas 1-0 keatas Chelsea di Stamford Bridge.

Ditanya sama ada beliau menjangkakan Mourinho akan bermain secara bertahan pada Sabtu ini, Wenger membalas: “Manchester adalah pasukan yang kuat dan saya mengharapkan Arsenal dapat menangani masalah yang bakal United berikan dalam aksi nanti.”

Mereka pasti akan menyerang,  saya tidak menjangkakan mereka hanya bermain secara bertahan” ujar Arsene Wenger kepada Sky Sports.

“Saya hanya mahu pemain saya bersedia sebaik mungkin. Ketika ini United berada dalam keadaan terbaik, kami juga sama, jadi ia pasti akan menjadi aksi yang menghiburkan.” tambahannya lagi.

Arsenal menerima kunjungan United dalam keadaan terbaik selepas menang dalam tiga aksi terakhir liga untuk melonjak ke kelompok empat teratas.

Ia bermula dengan kejayaan membenam pasukan jiran tetangga, Tottenham diikuti kemenangan saat akhir di Burnley sebelum membelasah Huddersfield 5-0 di Emirates semalam.

LONDON, ENGLAND – NOVEMBER 29: Alexandre Lacazette of Arsenal during the Premier League match between Arsenal and Huddersfield Town at Emirates Stadium on November 28, 2017 in London, England. (Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

Sementara itu di kem Arsenal, penyerang mereka Alexandre Lacazette kemungkinan tidak dapat diturunkan setelah beliau mengalami kecerderaan ketika perlawanan menentang Huddersfield sementara Alexis Sanchesz juga turut mengalami kecederaan Hamstring.

Dalam 14 perlawanan liga, Arsenal sudah berjaya mengumpul 28 mata dan berada dikedudukan ke-4 carta liga dengan dibezakan 4 mata dibawah Manchester United yang kini berada di tangga ke-2 liga.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN