Menjadi pemain atau pun pengurus bola sepak, sudah pastinya akan menjelalah ke pelbagai stadium dalam karier mereka.
Tidak kira sama ada saingan domestik atau pun kejohanan peringkat benua dan antarabangsa, pasti banyak stadium yang mereka kunjungi.
Ia juga tidak terlepas dengan bekas pengurus Arsenal iaitu Arsene Wenger.
Legenda kepada bola sepak Inggeris itu menghabiskan 22 tahun beliau sebagai pengurus Arsenal dengan menjelajah ke pelbagai stadium di negara tersebut.
Dari sekecil stadium seperti Borough Sports Ground milik Sutton United hinggalah ke stadium nasional Wembley, semuanya pernah dikunjungi beliau.
Namun dalam pelbagai stadium itu, Wenger memilih Anfield sebagai stadium kegemaran beliau.
Bekas pengurus Arsenal itu cukup menggemari stadium milik pasukan Liverpool itu kerana beliau menganggap stadium itu sebagai istimewa bagi dirinya.
Hal ini kerana menurut Wenger, beliau amat menggemari suasana yang cukup menarik setiap kali perlawanan melibatkan Liverpool dilangsungkan di stadium tersebut.
Ia ditambah dengan lagu keramat Liverpool iaitu You’ll Never Walk Alone.
“Anfield ada satu aura istimewa, lagu sebelum perlawanan dilangsungkan iaitu You’ll Never Walk Alone.”
“Stadium tersebut mempunyai satu atmosfera yang ‘panas’ yang menjadikan ianya sungguh isitimewa.”
Malah dalam masa yang sama, Wenger turut mengatakan sejarah kelab Liverpool yang kaya turut memainkan peranan dalam pemilihan beliau.
“Stadium itu sendiri dan juga sejarah yang dimiliki oleh Liverpool menjadi salah satu sebab kenapa saya cukup menggemari stadium ini.”
Dalam perlawanan terakhir Wenger di Anfield sebagai pengurus Arsenal, beliau mengalami kekalahan memalukan dengan jaringan 4-0.
https://twitter.com/AnfieldHQ/status/798253411347079168