Arsene Wenger Nasihat Penyokong Arsenal Bersikap Seperti Penyokong Tottenham Hotspur

Arsene Wenger nasihat penyokong Arsenal bersikap seperti penyokong musuh tradisi mereka lakukan iaitu Tottenham Hotspur.

Hal ini kerana, beliau dapat lihat yang penyokong Tottenham Hotspur bertindak lebih matang ketika pasukan benar-benar memerlukan mereka.

Bangkit bersama

Beliau berkata demikian selepas terdapat segelintir penyokong yang mengecam dan mahukan beliau keluar dari Arsenal.

Hal ini kerana Arsenal mengalami masa sukar ketika ini selepas tewas dua kali berturut-turut dalam aksi Premier League di tangan Watford dan juga Chelsea.

Katanya lagi, Arsenal masih lagi bertanding dalam 3 kejohanan utama.

“Kami masih lagi bertarung dengan pasukan seperti Manchester United, Manchester City, Tottenham Hotspur dan Liverpool dalam Premier League.”

“Kami juga masih ada perlawanan penting dalam UEFA Champions League dan kami masih berada FA Cup.”

Wenger mahukan peminat berada di belakang pasukan ketika pasukan sedang mengharungi masa sukar ketika ini.

“Kami mahu peminat di belakang pasukan kami ketika ini. Kerana ketika ini merupakan saat paling getir dan mencabar pada musim ini.”

Lain pendapat

Bagi Wenger, perkara yang terjadi ini adalah normal dalam bola sepak.

Beliau rasakan adalah perkara bagi peminat untuk berbeza pendapat. Tetapi, sokongan padu harus diberikan walau macam mana sekali pun.

Beliau menjadikan penyokong Tottenham Hotspur sebagai contoh terbaik beliau.

Hal ini kerana, penyokong Tottenham Hotspur sering bersama dengan pasukan tak kira waktu sukar atau senang.

“Kita dalam perjuangan getir ketika ini dan kita perlu bersatu menghadapi segalanya.”

“Cuba tengok Tottenham Hotspur, penyokong mereka bersama dengan pasukan walaupun mereka tengah kalah. Penyokong Arsenal perlu lakukan yang sama seperti mereka, terutama selepas kita kalah 2 perlawanan.”

Baca juga: Azmi Mohamed Letak Jawatan Sebagai Jurulatih FELDA United

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN