Pengurus Arsenal, Arsene Wenger kecewa dengan peraturan baru UEFA yang memberikan kelayakan UCL menerusi tiket juara UEL.
Manchester United menjadi pasukan kedua yang layak menerusi laluan juara UEL sejak ia diperkenalkan 2 musim yang lalu.
United menang 2-0 ke atas Ajax pada May lalu. Mereka mara ke UCL meskipun mereka menamatkan liga di tanga ke-6. Wenger mengakui agak sukar untuk menguruskan skuad yang beraksi dalam UEL.
Jadual yang padat akan membuatkan rotasi skuad harus dilakukan sekerap mungkin. Bercakap di sidang media, Wenger berkata:
“Saya dari dahulu menentangnya (kelayakan ke UCL menerusi UEL). Sejak bertahun-tahun yang lalu, jika anda tersingkir dari layak ke UCL anda tidak boleh memikirkan untuk ke sana dengan menjuarai UEL.”
“Saya memang tidak pernah menyokong idea seperti ini. Ia juga akan memberikan impak kepada liga.”
“Sekiranya satu pasukan pada bulan April merasakan mereka lebih banyak peluang memenangi UEL, mereka tidak akan bersungguh-sungguh untuk beraksi terbaik di dalam liga.”
“Saya pula sentiasa akan cuba menurunkan pasukan terbaik untuk memenangi perlawanan seterusnya. Di UEL jika boleh, kita mahukan beberapa pemain berehat.”
“Kita perlu menyesuakan diri dengan jadual persaingan dan juga pasukan di dalam kumpulan yang sama dengan kita.”
Sumber