Arsene Wenger Bakal Kembali Sebagai Pengurus Menjelang Januari

Arsene Wenger

Arsene Wenger telah menyatakan hasrat beliau untuk kembali ke bidang pengurusan pada Januari akan datang. Bekas pengurus Arsenal itu mengesahkan telah menerima banyak tawaran dari seluruh dunia.

Namun Wenger menyatakan beliau belum pasti sama ada akan menguruskan sebuah pasukan kelab atau pasukan kebangsaan.

(Photo by Stuart MacFarlane/Arsenal FC via Getty Images)

 

Wenger turut tidak berselindung untuk menyatakan hasrat beliau untuk kembali ke Jepun, di mana beliau pernah menyertai kelan Liga J sebelum ke Liga Perdana Inggeris pada 1996.

Namun demikian Wenger menolak idea untuk menyertai Bayern Munich, dan berpendapat kelab tersebut sepatutnya kekal dengan Niko Kovac yang kini berada dalam tekanan, selepas permulaan buruk kelab tersebut musim ini.

“Ya. Ia nampaknya sebegitu. Saya percaya saya akan kembali ke bidang pengurusan pada 1 Januari akan datang. Bagaimanapun, saya belum pasti pasukan mana yang akan disertai.

LONDON – MARCH 28: Manager Arsene Wenger of Arsenal argues with manager Sir Alex Ferguson of Manchester United during the FA Barclaycard Premiership match between Arsenal and Manchester United at Highbury on March 28, 2004 in London. (Photo by Clive Mason/Getty Images)

“Saya sudah berehat dengan cukup. Kini saya bersedia untuk kembali bekerja,” ujar Wenger ketika menjawab soalan Sport Bild.

Namun demikian Wenger berkata beliau tidak pasti 100% akan kembali untuk menyertai mana-mana kelab.

“Ada beberapa kelab, juga persatuan kebangsaan yang datang untuk membuat pertanyaan dan tawaran. Ia mungkin di Jepun.

“Terima kasih untuk pengalaman selama 22 tahun di Arsenal. Kini saya mempunyai pengalaman yang luas. Pelbagai tawaran datang dari merata tempat,” ujar Wenger lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN