Arsene Wenger sememangnya seorang individu yang cukup besar namanya dalam dunia bola sepak.
Beliau sentiasa dikenang sebagai salah seorang legenda bersama pasukan Arsenal sebagai pengurus yang cukup lama berkhidmat untuk mereka.
Walaupun begitu, Wenger mengakui keputusan beliau untuk kekal lama bersama Arsenal itu adalah satu kesilapan buat dirinya.
Menurut Wenger, beliau sepertinya berasakan memenjarakan dirinya sendiri kerana kekal di satu-satu tempat itu adalah satu perkara yang berlawanan dengan fitrah dirinya.
Sebaliknya kata Wenger, beliau adalah seorang yang gemarkan cabaran.
“Kesilapan besar yang saya pernah lakukan sepanjang karier saya adalah kekal di kelab yang sama untuk 22 tahun.”
“Saya merupakan salah seorang yang sukakan benda baharu, sukakan perubahan.”
“Saya juga sukakan cabaran, kadang kala saya rasakan diri saya seperti terpenjara terhadap setiap cabaran yang saya hadapi.”
Dalam masa yang sama, Wenger mengakui beliau tersilap kerana terlalu mengorbankan masanya untuk kerja.
Katanya, kerana perbuatan beliau itu Wenger telah melukakan hati orang disekelilingnya.
“Saya menyesal kerana mengorbankan segala-galanya.”
“Saya sedar saya telah melukakan hati ramai pihak yang berada disekeliling saya.”
“Saya abaikan ramai orang, saya abaikan ahli keluarga saya dan saya abaikan ramai orang yang rapat dengan saya.”
Menurut Wenger, beliau mengakui dirinya seorang yang obses dalam dan mementingkan diri dalam melakukan perkara yang disukai beliau.
“Jauh di sudut hati, seorang lelaki yang obses dia akan pentingkan dirinya demi mengejar apa yang beliau mahukan.”
Wenger menjadi pengurus Arsenal paling lama dalam sejarah selama 22 tahun sejak dari 1996.