Arsenal di bawah kendalian Mikel Arteta sebenarnya sama sahaja dengan mereka ketika di bawah kendalian Unai Emery sebelum ini.
Ia merupakan dakwaan yang dibuat oleh bekas bintang Premier League, Trevor Sinclair yang menganggap skuad Gunners sebenarnya langsung tak ada peningkatan sejak era Emery hinggalah era Arteta.
Dakwaan itu dibuat oleh Trevor Sinclair sebaik melihat Arsenal tersingkir dari saingan Carabao Cup selepas tewas 2-0 di tangan Liverpool di Emirates kemarin.
Arsenal are ‘no better’ than where they were under former manager Unai Emery, talkSPORT told #AFC https://t.co/KQ7x2E2VMJ
— talkSPORT (@talkSPORT) January 21, 2022
Unai Emery selepas menyertai Gunners pada tahun 2018 yang lalu, beliau berjaya membawa Arsenal untuk mara ke aksi perlawanan akhir Europa League, namun mereka tewas 4-1 di tangan Chelsea dalam perlawanan akhir tersebut.
Beliau juga berjaya membantu Arsenal untuk mengakhiri saingan Premier League di kedudukan kelima, seterusnya layak ke saingan Europa League.
Sementara Arteta pula, beliau berjaya membantu Arsenal menjuarai saingan FA Cup pada musim pertamanya mengendalikan Gunners pada Disember 2019.
Walau bagaimanapun, beliau gagal untuk memastikan Arsenal mengakhiri saingan liga pada ketika itu dikedudukan lebih baik, dengan mereka sekadar menamatkan saingan liga di kedudukan kelapan sahaja pada ketika itu.
Arsenal are ‘no better than under Unai Emery’, says Trevor Sinclair, and Mikel Arteta’s men accused of playing with ‘fear’ as alarming stat emerges after Carabao Cup exit to Liverpool https://t.co/KuPthAAgfd pic.twitter.com/ME9hvEThTk
— SPORTS CIRCUS INT. (@SPORTSCIRCUSINT) January 21, 2022
Bercakap kepada talkSPORT Breakfast, Trevor Sinclair menjelaskan tentang pandangan beliau berkait peningkatan yang beliau nampak ada pada Arsenal selepas dikendalikan oleh dua pengurus itu.
“Jelas sekali tidak. Kejuaraan FA Cup merupakan bonus terbesar untuk Mikel Arteta, tapi ketepikan hal itu saya rasa mereka langsung tak ada peningkatan.”
“Ia sangat hebat untuk miliki pemain muda dalam skuad, terutama pemain-pemain yang kamu kembangkan dari akademi, tapi sebagai satu pasukan dan pencabar kepada kejuaraan utama, untuk berada di kedudukan empat teratas, saya tak rasa mereka ada peningkatan.”
Arsenal perlu tamatkan saingan Premier League di kedudukan empat teratas
Selepas kekalahan di tangan Liverpool dalam saingan Carabao Cup, Arsenal sudah agak mustahil untuk menang apa-apa kejuaraan pada musim ini.
Club chiefs have been happy with Arteta since he replaced Unai Emery two years ago and are eager to retain him despite Arsenal finishing eighth in the Premier League in both his seasons in charge. (2/2)https://t.co/qZw1mP6zT9
— 🧊🏴yafaw (@afc_yafaw) January 22, 2022
Mereka jelas sekali langsung tidak terlibat dengan kejuaraan Eropah, dan mereka juga turut baru sahaja tersingkir dari saingan FA Cup, selepas dikejutkan dengan kekalahan di tangan Nottingham Forest.
Satu-satunya pertandingan yang masih ada untuk Arsenal pada ketika ini adalah saingan Premier League, namun untuk mereka menjadi Juara ia merupakan satu hal yang sangat luar biasa mustahil.
Mereka pada ketika ini sedang berada di kedudukan keenam dalam carta saingan liga, dua mata dibelakang West Ham yang sedang berada di kedudukan keempat.
Walau bagaimanapun, Arsenal sepertinya perlu bersaing dengan Tottenham Hotspur, yang dilihat lebih berpotensi untuk berada di kelompok empat teratas pada ketika ini.
https://twitter.com/24hrsReport/status/1484693887105085441?t=hdvZsUfRK3JQf1xcCFwIoA&s=19
Hal ini kerana Arsenal mempunyai kelebihan dua perlawanan yang belum dimainkan berbanding West Ham, namun Spurs mempunyai kelebihan tiga perlawanan yang belum dimainkan, dan mereka kini hanya satu mata sahaja dibelakang The Hammers.
Sementara Manchester United pula mereka kini mengutip mata yang sama dengan Arsenal, dengan mereka sudah terlebih satu perlawanan berbanding Gunners.
Perebutan untuk berada di kelompok empat teratas dalam carta saingan Premier League sepertinya jauh lebih sengit pada ketika ini, berbanding perebutan kedudukan pertama dan kedua.
Manchester City dan Liverpool boleh dikatakan sedikit selesa di puncak, dengan Chelsea kini yang sedang bergelut dengan masalah prestasi sedang berada di kedudukan ketiga.
The Blues bahkan berpotensi untuk dipotong oleh Tottenham Hotspur, seandainya skuad kendalian Antonio Conte itu berjaya menang baki perlawanan yang masih belum mereka mainkan.
'I don’t think they’ve improved at all' – Trevor Sinclair believes Arsenal are the same under Mikel Arteta as they were under Unai Emery https://t.co/oY5iIqHq8D pic.twitter.com/vKQTg4AmHK
— Gunners Today (@gunners_today) January 22, 2022
Walau bagaimanapun, Arsenal kini merupakan satu-satunya pasukan yang ada kelebihan untuk beri sepenuh tumpuan kepada usaha mereka mahu menamatkan saingan liga di kedudukan empat teratas.
Hal ini kerana pasukan lain yang sedang mencabar kedudukan empat teratas mereka perlu beri perhatian kepada aksi dalam pertandingan lain seperti FA Cup, Champions League dan tidak dilupakan Chelsea turut perlu beri perhatian kepada aksi perlawanan akhir EFL Cup bertemu Liverpool nanti.
Arsenal are set to offer Mikel Arteta a new two-year contract with an improved salary to prevent him entering the final year of his deal. 🔴
Club chiefs have been happy with him ever since he replaced Unai Emery. [@MattHughesDM]#TheGoalpostNews #AFC #Arsenal #Arteta #ArsenalFC pic.twitter.com/JWKUavAhIQ
— The Goalpost (@TGoalpost) January 22, 2022
Dengan kelebihan itu, para penyokong jelas sekali sangat berharap agar Arsenal memberi sepenuh perhatian mereka untuk memburu tempat di kedudukan empat teratas pada penghujung musim nanti.