Mengenang Kisah Arsene Wenger Membentuk ‘Invincibles Arsenal’ Musim 2003/04

Sejak era moden Liga Perdana Inggeris pada 1992, hanya satu sahaja pasukan yang telah menamatkan musim, 38 perlawanan tanpa kalah. Arsenal memenangi 26 perlawanan dan seri 12 kali .

Kini masih belum ada lagi pasukan era moden melakukannya. Berikut adalah 6 faktor utama kejayaan mereka.

1. Pembentukan Pasukan

Arsene Wenger mendapat suntikan dana yang agak besar untuk pembelian pemain baru. Namun beliau hanya mendapatkan Jens Lehmann yang kurang daripada £2 juta dan Gael Clichy (tidak dinyatakan).

Perpindahan termahal mereka adalah Jose Antonio Reyes dengan £14 juta. The Gunners lebih bergantung kepada pemain sudah ada di Highbury kerana Lehmann, Reyes mahupun Clichy bukanlah marquee player.

Ramai penyokong Arsenal sendiri mendesak agar lebih banyak pembelian pemain dibuat supaya lebih kompetitif selepas jiran mereka Chelsea yang berbelanja besar.

2. Thierry Henry

Dalam karier beliau, King Henry telah menjaringkan 360 gol, tetapi cuma sekali sahaja beliau menjaringkan 30 gol semusim dalam karier, iaitu pada musim 2003-04.

Jumlah dan cara jaringan beliau sangat luar biasa pada musim tersebut. Henry ketika itu berusia 26 tahun. Amat mustahil untuk menghalang Henry daripada tugasan beliau.

Dia ibarat boleh mencelah di ruang sekecil lubang jarum sekalipun untuk melepasi kawalan dan halangan. Ia menjadikan beliau sebagai penyerang paling digeruni di dunia pada ketika itu.

Henry menamatkan musim sebagai penjaring terbanyak liga dengan 30 gol, mengatasi Alan Shearer (22 gol).

3. Jen Lehmann

Pembelian Lehmann turut mencuri tumpuan kerana beliau sudah pun berusia 34 tahun ketika itu.

Tidak pasti sama ada Lehmann dibeli atas kapasiti penjaga gol utama atau sebaliknya. Beliau sangat vokal di dalam atau di luar padang.

Beliau cepat memenangi hati penyokong Arsenal. Pada musim pertamanya di London, Lehmann segera dijadikan penjaga gol utama menggantikan David Seaman.

Veteran ini berada di kesebelasan utama dalam semua 38 perlawanan liga. Lehmann dibolosi hanya 26 gol atau (0.6 bolos/perlawanan). Lehmann mencatatkan 15 tanpa bolos pada musim tersebut.

Sikapnya yang agak gila-gila membuatkan beliau digelar The Mad Jens!

4. Bakat Dari Perancis

Perancis menjadi negara kuasa bola sepak dunia selepas memenangi Piala Dunia 1998 dan Piala Eropah 2000. Di kem Arsenal mereka sudah ada Arsene Wenger, Vieira, dan Thierry Henry.

Ia seakan akan tidak cukup, mereka mempunyai satu lagi faktor tambahan terkuat iaitu, Robert Pires. Walaupun sudah agak berusia, Pires antara enjin utama dalam kejayaan Invincibles Arsenal.

Pada usia 30 tahun, Pires masih mampu untuk menjadi penjaring kedua terbanyak dalam pasukan dengan 14 gol. Dan beliau adalah pemain sayap. Pires menjadi pembekal utama gol gol Arsenal.

Beliau mencipta 10 bantuan gol dalam pasukan. Pires dan Henry menyumbang sejumlah besar 44 gol liga untuk Arsenal pada musim 2003-04. Kita pastinya teringat kelibat Pires yang seakan akan bola melekat di kaki.

5. Kegagalan Nistlerooy

Pada 21 September, Arsenal berkunjung ke perlawanan panas di Old Trafford selepas memenangi tiga perlawanan pertama mereka.

Pada awalnya, Arsenal hampir dibolosi sepakan percuma Ryan Giggs yang sudah pun menewaskan Jens Lehmann namun tiang menjadi penyelamat.

Pada minit ke-81, Ruud Van Nistelrooy berada dalam kedudukan 50/50 antara beliau dan Patrick Viera. Pertembungan yang menyebabkan Vieira dibuang padang.

Tidak banyak pasukan yang beraksi 10 orang akan pulang dengan mata dari Old Trafford. Tidak lama selepas itu Martin Keown menjatuhkan Diego Forlan dalam usaha mengeluarkan hantaran silang Gary Neville.

Pemain yang menjadi punca Viera dibuang padang, iaitu Ruud Van Nistelrooy dipertanggungjawabkan untuk mengambil sepakan penalti.

Ramai penyokong Arsenal menjangkakan ia adalah kepulangan tangan kosong. Sukar untuk melihat Nistelrooy gagal dalam tugasan 12 ela itu.

Tanpa disangka, usaha Van Nistelrooy gagal, apabila sepakan beliau terkena bahagian bawah palang gol dan tak lama kemudian Wisel penamat dibunyikan.

Anda pasti masih ingat insiden ini.

21/9/2003 Premiership Football…Manchester United v Arsenal…Martin Keown goads / taunts and jumps up next to Ruud Van Nistelrooy after the latter missed a penalty.

Ia antara the great escape oleh Arsenal untuk mengelakkan dari tewas dalam musim tersebut.

6. Arsene Wenger Sang Professor

Pengaruh taktikal Arsene Wenger adalah antara nadi utama pasukan ini. Mereka mula dikenali dengan free flow football yang cukup menarik yang dinamakan Wengerball.

Keupayaannya untuk menyerapkan taktikal yang sesuai dengan menggunakan pemain seperti Thierry Henry, Patrick Viera, Pires dan Dennis Bergkamp adalah sebab utama Arsenal sangat seimbang dalam semua aspek.

Beliau berjaya dalam pembentukan pasukan dan juga menyemai mentaliti pemenang di kalangan pemain beliau.

Merangkul Kejuaraan

Dengan baki 5 perlawanan sahaja, Arsenal telah merekodkan 24 kemenangan, 10 seri dan masih tanpa kalah. Mereka turun untuk perlawanan derbi London Utara menentang Tottenham.

Arsenal hanya memerlukan satu mata sahaja lagi untuk merangkul gelaran Liga Perdana. Mereka berada sepuluh mata di hadapan Chelsea yang berada di tempat kedua.

Mereka mendahului 2 gol sebelum rehat. Namun kelekaan mereka pada separuh masa kedua yang kelihatan terlalu terbuai-buai membuatkan Spurs berjaya mengikat mereka.

Ia setelah jaringan Jamie Redknapp pada pertengahan babak kedua dan jaringan Robbie Keane pada masa kecederaan.

Walaupun gagal menang, Arsenal tetap berjaya merangkul gelaran liga pada hari itu, dan semangat untuk menjadi Invincibles kian membara dalam 4 baki perlawanan terakhir dan Arsenal berjaya kekal tidak tewas.

Pencapaian Yang Kekal Di Ingatan

Pencapaian Arsenal di Highbury ini sudah pasti tidak akan dilupakan oleh kita semua terutamanya peminat Arsenal.

Siapa sangka dengan perbelanjaan sekitar £16 juta dan sumber pemain yang sedia ada, Arsenal menutup musim di Highbury dengan penuh sejarah.

Kesemua pemain yang beraksi untuk Arsenal pada musim tersebut digelar ahli Invincibles. Mereka akan sentiasa diberikan penghargaan oleh penyokong Arsenal.

Mereka agak kecewa apabila Ashley Cole kemudian menyertai Chelsea dengan cara yang agak kontroversi.

Dalam buku sejarah Invicibles tulisan Amy Lawrence, Ashley Cole tidak mahu merosakkan buku tersebut dengan meminta nama beliau dikeluarkan dari buku tersebut. Namun Cole tetap berbangga dapat menyumbang kepada Arsenal.

Ia adalah antara pasukan terbaik dalam sejarah bola sepak Inggeris. Mereka memiliki ketua pasukan yang berpengaruh. Mereka juga ada pemain yang boleh memberikan magis seperti Dennis Bergkamp.

Kolo Toure dan Sol Campbel kebal di pertahanan. Di bahagian sayap selain Pires mereka juga ada pemain seperti Ljunberg.

Tidak lupa juga Gilberto Silva dan Lauren. Terlalu banyak untuk dihurai satu persatu bakat-bakat istimewa dalam pasukan Arsenal ketika itu. The Invicibles!

Inilah tempatnya, Higbury!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN