BeIn melaporkan Manchester United membida Aaron Ramsey dengan nilai £50 juta pada musim panas lalu.
Mourinho mahu menguatkan bahagian tengah beliau selepas berjaya mendapatkan Fred.
Namun Arsenal menolaknya kerana Unai Emery menyatakan beliau mahu menjadikan Aaron Ramsey dan Pierre Emerick-Aubameyang sebagai pemain penting dalam sistem beliau.
United ketika itu bergelut untuk mengekalkan Fellaini dan masa yang sama dikaitkan dengan kemungkinan akan melepaskan Ander Herrera.
Selepas menolak tawaran Man. United, Arsenal kemudiannya yakin mereka akan dapat mengekalkan Aaron Ramsey di Emirates.
Namun buat masa ini, pemain itu masih tak menandatangani sebarang kontrak baharu dengan Arsenal.
Pada Januari nanti, Ramsey akan bebas untuk berbincang dengan mana-mana kelab untuk perpindahan percuma musim hadapan.
Daily Mirror melaporkan Ramsey tidak yakin dengan tempatnya dalam kesebelasan utama Arsenal. Ini selepas beliau disisihkan selepas kekalahan di tangan Chelsea.
Unai Emery yang pernah menganggap Ramsey sebagai pemain penting dalam sistem beliau, kini kelihatan sukar untuk menggunakan pemain itu dalam pasukan utamanya.
Ramsey masih gagal menjaringkan sebarang gol dalam 7 penampilan setakat ini dan hanya melakukan 1 ‘assist’ dalam perlawanan menentang Everton minggu lalu.
Arsenal sebelum ini berhadapan dengan isu terpaksa melepaskan pemain ke kelab seteru EPL mereka pada pertengahan musim. Bermula dengan Chamberlain dan Sanchez yang terpaksa dilepaskan pada Januari.
Ramsey kini dikaitkan dengan Chelsea. Maurizio Sarri berminat dengan gaya permainan box to box Aaron Ramsey.
Selain itu, 3 kelab Itali iaitu AC Milan, Juventus dan Lazio juga mengintai kemungkinan akan mendapatkan Ramsey secara percuma untuk musim hadadapan.
Ada juga laporan menyatakan, Ramsey tidak menolak kemungkinan akan pergi ke China jika ada tawaran yang lumayan.