Arsenal Sanggup Bayar £45 Juta Untuk Dapatkan Marcus Rashford

Marcus Rashford

Sudah menjadi keperluan untuk Arsenal melakukan pelaburan terhadap skuad mereka bagi musim hadapan agar skuad menjadi lebih ampuh.

Ditambah dengan potensi untuk layak ke saingan utama Eropah musim hadapan, adalah penting bagi Mikel Arteta memastikan skuadnya kini benar-benar bersedia demi mengelak malu apabila berhadapan lawan.

Salah satu posisi yang perlu dibaiki mereka adalah bahagian serangan, buat masa sekarang ni Arsenal perlu mencari pengganti bagi Pierre-Emerick Aubameyang yang telah bersama Barcelona tempoh hari.

Aubameyang mungkin sudah tumpul selepas menerima kontrak baharu, tetapi ketajaman beliau di hadapan gol pada awal zamannya bersama The Gunners cukup mengujakan penyokong Arsenal.

Tetapi, siapakah yang boleh diharapkan untuk mengisi kekosongan itu?

Arsenal kejar Rashford

Dalam misi mereka mendapatkan penyerang baharu, Arsenal telah mempersiapkan sasaran mereka untuk perkara itu.

Dalam usaha memastikan barisan serangan tampil dengan wajah yang segar, Arsenal kini mula untuk mendapatkan pemain Manchester United iaitu Marcus Rashford.

Rashford yang kini berada dalam prestasi yang menurun, dilaporkan bersedia untuk keluar dari United untuk mencari ‘angin baharu’.

Menurut laporan Football Insider, Arsenal kini bersedia untuk mendapatkan Rashford untuk menguatkan barisan serangan walaupun perlu menghabiskan £45 juta untuk pemain tersebut.

Nilai tersebut pastinya dilihat agak tinggi untuk Rashford yang kini berada dalam penurunan prestasi.

Tetapi atas faktor usia yang masih muda dan kerana berdarah Inggeris, pastinya nilainya akan melambung. Jika Rashford bukanlah dari tanah Inggeris, pastinya Arsenal boleh dapatkan lebih rendah dari itu.

Arsenal juga perlu bersedia untuk kehilangan Alexandre Lacazette serta Eddie Nketiah yang bakal kehabiskan kontrak pada penghujung musim ini.

Melainkan ada proses untuk memperbaharu kontrak kedua-dua pemain, maka lebih banyak pilihan buat Arteta untuk barisan serangannya musim hadapan – melainkan beliau ada sasaran untuk membeli pemain lain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN