Arsenal Bakal Mulakan Pra-Musim Seawal Julai Andai Gagal Peroleh Kedudukan 6 Teratas EPL

Musim lalu merupakan musim yang amat sukar untuk diterima oleh peminat Arsenal.

Buat pertama kalinya dalam era Arsene Wenger, mereka gagal untuk layak ke saingan UEFA Champions League (UCL) walaupun kekecewaan itu ditutup dengan kejuaraan FA Cup di akhir musim.

Musim ini, segalanya sekali lagi nampak tidak kena dan kemungkinan akibatnya akan lebih teruk menanti!

LONDON, ENGLAND – DECEMBER 02: Mesut Ozil of Arsenal looks on during the Premier League match between Arsenal and Manchester United at Emirates Stadium on December 2, 2017 in London, England. (Photo by Julian Finney/Getty Images)

Jika Arsenal menamatkan saingan Premier League ditangga ketujuh, mereka terpaksa memulakan saingan pra-musim mereka seawal bulan Julai.

Hal ini kerana, mereka perlu melalui saingan kelayakan Europa League (UEL) bermula pada pusingan kedua kelayakan.

Dalam sistem kelayakan UEL, sesebuah kelab perlu melalui 4 fasa iaitu:

  • Pusingan kelayakan pertama
  • Pusingan kelayakan kedua
  • Pusingan kelayakan ketiga
  • Pusingan play-off

Akan tetapi, ada sesetengah pasukan dari sesetengah negara tidak perlu melalui pusingan kelayakan awal. Ada juga yang hanya bermula pada pusingan ketiga kelayakan sahaja.

Jika Arsenal gagal menjulang kejuaraan UEL musim ini yang menjanjikan slot automatik ke saingan UCL musim hadapan dan menamatkan liga ditangga ketujuh, Arsenal perlu beraksi sebanyak 6 perlawanan sebelum tiba di saingan peringkat kumpulan.

Andai terjadi situasi ini, tarikh-tarikh pada 26 Julai, 2, 9, 16, 23 dan 30 Ogos 2018 akan diisi dengan perlawanan kelayakan UEL.

Apa kesannya?

Kesan dari penyertaan Arsenal dalam pusingan kelayakan UEL akan menyebabkan mereka terpaksa membatalkan beberapa perlawanan pra-musim berprofil tinggi.

Sebagai contoh, Arsenal terpaksa melupakan penyertaan mereka dalam kejohanan pra-musim di Singapura dengan menentang pasukan seperti Atletico Madrid dan Paris Saint-Germain (PSG).

Lebih memeritkan, Arsenal bakal mengalami kesukaran untuk mendapatkan persembahan terbaik dari pada pemain kerana majoriti pemain Arsenal akan terlibat dengan Piala Dunia 2018.

Alexandre Lacazette
Alexandre Lacazette antara pemain Arsenal yang akan ke Piala Dunia 2018 bersama Perancis.

Piala Dunia hanya akan berakhir pada 15 Julai dan jika benar Arsenal perlu melalui pusingan kelayakan UEL, para pemain mereka hanya mempunyai rehat 2 minggu untuk sebelum perlawanan.

Apa perlu dibuat?

Situasi ini sebenarnya boleh dielak oleh Arsenal dengan syarat – prestasi perlu ditingkatkan.

Arsenal boleh melarikan diri dari situasi ini dengan memenangi UEL pada musim ini kerana jaminan ke UCL akan diberikan kerana menjuarainya.

Seandainya Arsenal gagal menjuarai UEL, mereka tiada pilihan lain selain menamatkan liga di tempat kelima atau keenam.

Hal ini kerana dua kedudukan ini memberikan jaminan ke saingan peringkat kumpulan UEL.

Arsenal berpotensi untuk jatuh ke tangga ketujuh selepas mereka kini ditangga keenam dengan hanya dibezakan dengan 2 mata dengan Burnley yang dibelakang mereka.

Mampukah mereka Arsenal mengelak pra-musim yang terlalu awal musim hadapan? Kita nantikan!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN