Arsenal Tak Perlu Beli Pemain Tengah Baharu, Beri Kepercayaan Pada Smith Rowe

Emile Smith Rowe Arsenal

Arsenal nampaknya telah pun menemui rentak terbaiknya pada musim ini. Aksi meyakinkan yang ditampilkan oleh Emile Smith Rowe sejak kebelakangan ini dikatakan menjadi salah satu faktor daripada kebangkitan skuad kendalian Mikel Arteta itu.

Menjelang pembukaan jendela perpindahan musim sejak pada Januari ini, Arteta mendedahkan beliau akan mendapatkan pemain baharu dalam usaha untuk memperbaiki beberapa kelemahan yang dihadapi skuad The Gunners itu.

Namun dengan peningkatan prestasi Smith Rowe, kebanyakan penyokong Arsenal berharap pemain England berusia 20 tahun itu terus diberikan peranan penting untuk menjadi arkitek perancang di bahagian tengah pasukan.

Kepercayaan Arteta untuk menurukan produk akademi Arsenal itu beraksi dalam semua tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) ternyata berbaloi apabila Arsenal menang ketiga-tiga perlawanan dan Smith Rowe telah menyumbang dua bantuan jaringan.

Kelab utara London tersebut telah dikaitkan dengan dua pemain kreatif iaitu pemain tengah Inter Milan, Christian Eriksen dan pemain Real Madrid, Isco yang sudah tidak gembira beraksi bersama kelab masing-masing.

Selain itu pemain Borussia Dortmud, Julian Brandt dan pemain Celtic, Ryan Christie juga dikatakan di antara calon-calon pemain yang diusahakan untuk dibawa masuk ke Stadium Emirates.

Sekalipun jelas reputasi dan kredibiliti kedua-dua pemain pemain ini jauh mengatasi Smith Rowe, namun pemain muda itu seharusnya diberi ruang dan peluang untuk terus berkembang dengan terus diberikan minit permainan.

Mesut Ozil sebelum ini turut memberi pujian terhadap impak yang dijelmakan rakan sepasukannya itu dengan menyifatkannya sebagai pemain yang mampu membuat perubahan.

Smith Rowe juga pernah mengakui beliau banyak mempelajari teknik permainan daripada Ozil dan berharap dapat terus menimba ilmu daripada pemain tengah Jerman itu.

Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Arsenal:

3 Pemain Arsenal Yang Mungkin ‘Disingkirkan’ Arteta Januari Ini

2 Pemain Yang Perlu Arteta Beli Januari Ini Untuk Pulihkan Arsenal

Mampukah Arsenal Kekal Di EPL Musim Ini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khasĀ untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN