Quantcast

BERITA

Arsenal Panggil Empat Pemain Selepas Tular Video Ambil Gas Ketawa

Empat pemain Arsenal telah dipanggil oleh pihak pengurusan Arsenal selepas tersebarnya video pendedahan penglibatan mereka menghidu gas nitrogen oxida.

Nitrogen oksida, atau lebih dikenali nitrous oxide adalah unsur utama di dalam gas ketawa. Ia turut dikenali sebagai ‘hippy crack’ di kangan pengguna di kelab-kelab malam dan pusat hiburan.

Detail of someone smiling and holding a laughing gas balloon. (Photo by Universal Images Group via Getty Images)

Pendedahan The Sun

Rakaman CCTV yang didedahkan oleh The Sun menunjukkan empat pemain Alexandre Lacazette, Matteo Guendouzi, Mesut Ozil dan Pierre-Emerick Aubameyang menyedut gas tersebut daripada  belon.

Ketika kejadian, kesemua pemain tersebut berada di sebuah parti peribadi di sebuah kelab malam terletak di London pada Ogos lalu.

Seorang jurucakap Arsenal mengesahkan kepada BBC bahawa semua pemain akan dipanggil untuk diberikan peringatan akan tingkah laku dan tanggungjawab masing-masing.

Kesan buruk Nitrous oxide

Nitrous oxide boleh memberikan beberapa kesan buruk seperti memperlahankan fungsi otak dan tindak balas refleks anggota tubuh badan.

Ia memberikan perasaan khayal kepada pengguna dan boleh menyebabkan halunisasi, selain daripada kesan-kesan sampingan lain seperti sakit kepala, pening dan juga gangguan mental.

Dos yang tinggi turut boleh menyebabkan hilang selera makan dan mengurangkan bekalan oksigen kepada otak

Di UK, usaha untuk mengharamkan penggunaan nutrious oxide di kelab-kelab malam dan pusat hiburan sedang diusahakan.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!