Arsenal Muncul Juara FA Cup, Tewaskan Chelsea 2-1 Di Wembley

Arsenal muncul juara FA Cup. Ya, Arsenal juara lagi!

Arsenal menewaskan Chelsea dalam perlawanan yang cukup sengit dalam aksi perlawanan akhir FA Cup yang berlangsung di Wembley.

Mereka menang dengan jaringan 2-1.

Kontroversi

Perlawanan ini terpalit dengan sedikit kontroversi di awal permainan apabila gol pembukaan Arsenal menerusi Alexis Sanchez pada minit ke-4 mengundang kontroversi.

Hal ini kerana ketika bola sedang dihantar ke dalam kotak penalti oleh Sanchez sendiri, ia memperoleh sedikit lantunan dan kembali ke dalam kotak penalti.

Aaron Ramsey yang ketika itu sudah berada dalam keadaan ofsaid cuba untuk mendapatkan bola, namun Sanchez cepat-cepat menyentuhnya dan menolak bola itu ke dalam pintu gol.

Ia mengambil sedikit masa untuk pengadil mengesahkan gol tersebut, anda boleh saksikan semula rakaman ini di bawah.

Kad merah & respon pantas

Separuh masa kedua menyaksikan pelbagai insiden-insiden utama yang berlaku dalam perlawanan ini yang memberikan kesan besar kepada perlawanan.

Sebagai contoh, kad merah yang diterima oleh Victor Moses pada minit ke-69 selepas mengutip kad kuning kedua.

Tidak lama selepas itu, Diego Costa muncul dengan jaringan untuk mengikat semula perlawanan menjadi 1-1.

Akan tetapi, tidak lama selepas gol dari Costa muncul pula jaringan dari Aaron Ramsey yang memberikan pendahuluan kali kedua buat Arsenal dan juga kejuaraan buat Arsenal.

Secara keseluruhannya, Arsenal merupakan pasukan yang lebih berkuasa dalam perlawanan ini. Ancaman yang diberikan mereka nyata cukup berbahaya buat pasukan Chelsea.

Tahniah, Arsenal!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN