Arsenal dilaporkan berminat untuk mendapatkan penyerang saya Wilfred Zaha dari Crystal Palace dengan nilai £40 juta.
The Gunners mahu menambahkan kekuatan skuad mereka lebih-lebih lagi musim hadapan mereka kehilangan khidmat pemain berpengaruh di atas padang – Aaron Ramsey.
Zaha sudah pastinya bukan pengganti Ramsey secara teknikal. Ini ini kerana beliau merupakan pemain penyerang sayap.
Namun kehadiran Zaha akan dapat menambahkan kualiti pasukan tersebut di bahagian tengah dan serangan. Zaha adalah pemain sayap yang kental dan memiliki kemampuan untuk menjaringkan gol.
Kepantasan dan gelecekan merupakan aset utama pemain ini ketika beraksi di atas padang. Selain daripada kualiti yang ada pada Zaha, Arsenal juga mempertimbangkan status Zaha sebagai pemain ‘homegrown’ walaupun beliau memilih bermain untuk Ivory Coast.
Arsenal 'eye £40m Crystal Palace star and Tottenham target Wilfried Zaha' as part of overhaul in summer window https://t.co/m7Vw3cY2EG pic.twitter.com/A4iSAFfGha
— Mail Sport (@MailSport) May 4, 2019
Ini kerana salah satu peraturan pemain dikira bakat homegrown adalah pemain itu dibangunkan di akademi di England ketika remaja.
Arsenal mulai mengintai peluang untuk mendapatkan Zaha selepas pemain itu – pada bulan lalu – menyatakan sudah tiba masanya beliau mahu menikmati bola sepak peringkat antara kelab Eropah.
Bukan sahaja Arsenal, malah banyak kelab elit Eropah lain yang berminat dengan bekas pemain sayap Manchester United tersebut.
Selain daripada Wilfred Zaha, Arsenal juga dilaporkan berminat dengan Ryan Fraser. Pemain tersebut cuma ada 1 tahun sahaja baki kontrak dengan Bournemouth.
Unai Emery akan diberikan dana untuk memperbaiki kualiti skuad Arsenal bagi menghadapi musim akan datang.