Akhbar Jerman Dedahkan Arsenal Mahukan Thomas Tuchel Ganti Wenger

Kebelakangan ini, nama Arsene Wenger sering menjadi perhatian.

Selepas dibelasah 2 kali dengan jaringan 5-1 ditangan Bayern Munich, pasukan bimbingan beliau kini dikecam kerana tewas di tangan West Bromwich Albion dalam saingan Premier League.

Desakan penyokong Arsenal semakin kuat, mereka mahukan Wenger berundur selepas lebih 20 tahun menabur bakti bersama kelab itu.

Baru-baru ini, akhbar berpengaruh di Jerman iaitu BILD mendedahkan yang Arsenal dalam usaha untuk mendapatkan pengendali Borrusia Dortmund iaitu Thomas Tuchel.

Tak mahu

Tuchel adalah 1 nama daripada beberapa nama yang disebut-sebut bakal menggantikan Wenger di Emirates.

Pengendali Borrusia Dortmund itu dikatakan sudah pun dilamar oleh pasukan Arsenal untuk mengisi kekosongan itu.

Tuchel (GETTY)

Namun begitu, Tuchel dikhabarkan menolak untuk ke utara London dan memilih untuk kekal di Dortmund sahaja.

Penolakan Tuchel itu menandakan cuma Max Allegri sahaja merupakan calon utama yang tinggal untuk menjadi pengurus baharu Arsenal.

Wenger kekal

Namun itu cerita di Jerman, di England pula lain ceritanya.

Dalam rancangan terkenal BBC iaitu Match of the Day 2, mereka melaporkan yang Wenger mengamil keputusan untuk kekal di Arsenal.

Hal ini dapat diperoleh menerusi laporan akhbar-akhbar di England.

Malah pengurus West Bromwich Albion iaitu Tony Pulis sendiri mengaku yang Wenger memberitahunya yang beliau ingin kekal di Emirates untuk beberapa tahun lagi.

“Saya akan terkejut jika beliau pergi dari Arsenal.”

“Hal ini kerana beliau berkata kepada saya yang beliau nak kekal di Arsenal!”

Jadi, #WengerIn atau #WengerOut ?

Baca juga: Azraai Khor Abdullah Sedia Terajui Pasukan Pulau Pinang?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN