Arsenal Mahu Rombak Pemain British Mereka, Sedia Jual Gibbs & Chamberlain

Setelah bertahun-tahun dikritik tidak membangunkan pemain British ketika zaman kegemilangan Arsenal, Arsene Wenger akhirnya membuktikan pengkritiknya salah apabila bertanggungjawab membina teras British dalam skuadnya.

Bermula dengan pembelian Thoe Walcott, Wenger kemudiannya bertanggungjawab membangunkan bakat Kieran Gibbs, Aaron Ramsey, Alex Oxlade-Chamberlain, Jack Wilshere, Carl Jenkinson dan Calum Chambers.

Bagaimanapun pelan Wenger untuk membina skuad kompeten yang dianggotai oleh pemain-pemain British ini tidak menjadi.

Kieran Gibbs mendatar

Sejak dinaikkan ke skuad utama Arsenal pada musim 2007/2008, Kieran Gibbs bermula sebagai bek kiri pilihan kedua pasukan di belakang Gael Clichy.

Apabila Clichy berpindah ke Manchester City, Gibbs secara automatiknya menjadi bek kiri pilihan pertama. Cemerlang membantu serangan Arsenal di sayap kiri, Gibbs bagaimanapun mempunyai masalah dalam aspek pertahanan.

Kelemahan Gibbs ini selain masalah kecederaannya yang kerap mendorong Wenger untuk membeli bek kiri Malaga, Nacho Monreal.

Bermula sebagai pilihan kedua di belakang Gibbs, Monreal kini merupakan antara bek kiri utama dan pemain Arsenal yang digemari penyokong Arsenal kerana konsistensi persembahannya berbanding Gibbs.

8 tahun selepas dinaikkan skuad utama, Wenger tahu karier Gibbs sedang berada di tahap mendatar dan tidak berkembang.

The Guardian melaporkan Wenger sudah mula menghantar Gilles Grimandi untuk memantau bek kiri Lorient, Raphaël Guerreiro sebagai pengganti Gibbs. Selain Guerreiro, Arsenal juga dilaporkan oleh Daily Mail sedang memantau bek kiri muda Everton, Ben Chilwell.

Alex Oxlade-Chamberlain merosot

Alex Oxlade-Chamberlain merupakan produk akademi Southampton yang dibeli Arsenal dengan harga £12 juta pada musim 2011/2012.

Karier Chamberlain di Arsenal juga bermula dengan bagus. Pada musim pertamanya, penyokong Arsenal pernah mengejek keputusan Wenger yang mengeluarkan Chamberlain dan menggantikannya dengan Andrei Arshavin semasa kekalahan 1-2 kepada Manchester United.

Pada musim sama juga, Chamberlain memberikan persembahan cemerlang sebagai pemain tengah pula ketika perlawanan kedua menentang AC Milan dalam UEFA Champions League.

Bagaimanapun seperti Gibbs, Chamberlain mudah mendapat kecederaan. Apabila diberi peluang bermain, beliau bergelut untuk memberi persembahan yang menepati potensi bakatnya.

Southampton, Chelsea dan Manchester City dikatakan berminat untuk membeli Chamberlain jika Wenger membuat keputusan untuk menjual.

The Telegraph melaporkan pemain sayap muda Fulham Ryan Sessegnon sedang diperhatikan oleh Wenger. Pemain muda Arsenal, Dan Crowley juga bakal dipromosi ke skuad utama jika Chamberlain dijual.

Masa Walcott sudah tamat

Satu lagi pemain British di Arsenal yang tidak memenuhi potensi bakatnya dan dikatakan bakal dijual adalah Theo Walcott.

ESPN melaporkan Wenger mengaku perkembangan bakat Walcott tidak menepati jangkaannya. Ketika ditanya sebabnya, Wenger memberitahu Walcott perlu betul-betul meyakinkan dirinya sendiri di posisi mana beliau mahu bermain.

Wenger dipetik berkata:

“Masalah Theo adalah dia mahu main di sayap kanan dan tengah. Anda perlu menetapkan fikiran anda. Bila dia disuruh bermian sebagai penyerang, dia menyerang di sebalah kanan pula.”

“Saya letakkannya sebagai penyerang kerana kualiti lariannya, kebijaksanaan lariannya. Malah kemahiran penyudahnya juga semakin bagus.”

“Dia boleh jadi penyerang. Kalau dia mahu main di bahagian sayap, dia kena tahu yang dia perlu bekerja keras dalam aspek pertahanan.”

Ketika ini tempat Walcott sedang diancam oleh kebangkitan pemain muda Alex Iwobi. Di bahagian serangan, Danny Welbeck pula masih menjadi pilihan pertama Wenger berbanding Oliver Giroud dan Walcott.

Baca juga: Arsenal Mahu Bina Semula Jentera Tengah Baru Dengan Mkhitaryan Dan Xhaka

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN