Arsenal Akan Menentang Liverpool Dalam Playoff Penentuan Champions League Jika…

…Arsenal seri 1-1 dengan Everton, manakala Liverpool tewas 0-2 menentang Middlesbrough.

Ya. Buat pertama kalinya dalam sejarah Premier League (sejak diasaskan pada 1992), kita bakal berpeluang menyaksikan playoff untuk menentukan pasukan mana yang akan layak ke UEFA Champiosn League musim 2017/2018.

Bagaimanapun situasi ini hanya akan berlaku jika:

  • Arsenal seri 1-1 dengan Everton di Emirates Stadium dan
  • Liverpool tewas 0-2 kepada Middlesbrough dengan jurang 2 gol di Anfield

Untuk pengetahuan anda, kedua-dua pasukan ini sedang dipisahkan dengan 1 mata. Perbezaan jaringan kedua-dua pasukan juga tak jauh beza (Liverpool 33, Arsenal 31).

Kedua-dua pasukan akan terikat dengan 73 mata dan perbezaan gol sebanyak 33 jika 2 senario di atas berlaku.

(Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

Rekod head-to-head tidak digunakan di England

Berbeza dengan liga Eropah lain yang menggunakan rekod head-to-head untutk menentukan kedudukan dua pasukan yang terikat mata, English Premier League menggunakan peraturan berikut:

1. Perbezaan gol
2. Jumlah gol dijaringkan

Jika kedua-dua pasukan masih terikat mata, perbezaan gol dan jumlah gol dijaringkan, Premier League akan mengadakan SATU perlawanan playoff di halaman neutral.

Ini bermakna jika Arsenal seri 1-1 dengan Everton dan Liverpool tewas 0-2 dengan Middlesbrough, kedua-dua pasukan akan terikat mata (73), perbezaan gol (31) dan jumlah gol dijaringkan (75).

Apakah kebarangkalian perkara ini berlaku?

Untuk menjawab soalan ini, kami beralih kepada nisbah kebarangkalian yang diberi oleh agensi perjudian sukan, PaddyPower. Kami tidak berjudi. Tapi kami memerlukan nilai kebarangkalian daripada mereka untuk menulis artikel ini.

Berdasarkan nilai kebarangkalian yang diberi oleh PaddyPower, kebarangkalian untuk Arsenal seri 1-1 dengan Everton adalah 57/20 (2.85).

Dalam erti kata lain, PaddyPower menjangkakan kebarangkalian Arsenal seri 1-1 dengan Everton sebagai rendah. Tetapi tak mustahil.

Sementara itu untuk Liverpool kalah 0-2 dengan Middlesbrough, PaddyPower memberi nilai kebarangkalian sebanyak 137/8 (17.13).

Dalam erti kata lain, PaddyPower menjangkakan kebarangkalian Liverpool tewas 0-2 dengan Middlesbrough sebagai sangat rendah.

Peringatan: Berjudi adalah haram hukumnya bagi orang Islam berdasarkan firman Allah dalam Surah Al-Baqarah (ayat 219) dan Surah Al-Maidah (ayat 90 dan 91).

Ia bukan sahaja boleh menjejaskan kemampuan kewangan seseorang individu, tetapi juga boleh menjejaskan kehidupan ahli keluarga tanggungannya.

Jika Man United juara Europa League, adakah akan ada 5 peserta Champions League dari England?

Ya. Jika Manchester United menjuarai UEFA Europa League, mereka akan mengiringi juara liga (Chelsea), naib juara liga (Tottenham Hotspur), tempat ke-3 dan tempat ke-4 ke UEFA Champions League pada musim depan.

Pasukan yang menduduki tangga ke-5 dan Everton (yang sah menduduki tangga ke-7) akan masuk ke Europa League.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN