Quantcast

BERITA

Arsenal Lengkapkan Perpindahan Matteo Guendouzi Dari FC Lorient

Unai Emery jelas kelihatan begitu sibuk berbelanja menjelang Liga Perdana Inggeris musim 2018/19 apabila Arsenal baru sahaja menandatangani seorang lagi pemain baharu buat The Gunners.

Pemain tersebut adalah Matteo Guendouzi yang dibawa masuk dari kelab Ligue 2, FC Lorient dengan nilai £7 juta dan beliau dilaporkan akan memakai jersi bernombor 29.

Pemain berusia 19 tahun yang beraksi di posisi tengah bertahan itu memulakan karier zaman kanak-kanaknya bersama Paris Saint-Germain sebelum menyertai Akademi FC Lorient pada tahun 2014.

Beliau berjaya menembusi skuad utama Lorient dua tahun kemudian dan aksinya pada musim lalu telah menarik minat Emery walaupun FC Lorient tersingkir ke Ligue 2.

”Kami gembira Matteo (Guendouzi) menyertai kami. Dia merupakan pemain muda yang berbakat dan banyak kelab menunjukkan minat terhadapnya.”

“Dia mempunyai potensi yang besar dan memperoleh pengalaman yang berguna ketika beraksi bersama skuad utama Lorient musim lalu.”

”Dia mahu belajar dan meningkat serta menjadi bahagian penting dalam skuad utama kami,” jelas Emery.

Dalam pada itu, Guendouzi turut menyimpan cita-cita yang cukup besar selepas memilih untuk berada di Stadium Emirates.

”Arsenal sentiasa menjadi kelab yang dekat dihati saya dan adalah kelab yang saya mahu sertai sejak dari kecil lagi.”

”Ia memberikan saya rasa sangat bangga. Ia sesuatu yang luar biasa. Saya berharap agar dapat melakukan perkara yang hebat di sini.”

”Harapan saya adalah untuk menjadi pemain utama di Arsenal. Ramai pemain hebat beraksi di sini.”

”Saya mahu menjadi sebahagian daripada sejarah kelab dan mencapai perkara hebat.”

”Saya mahu memenangi kejuaraan, kejuaraan, kejuaraan. Saya mahu membina diri saya di sini, yang akan menjadi perkara yang menakjubkan.”

Sebelum kehadiran Matteo Guendouzi  ke dalam pasukan, Unai Emery telah membawa masuk empat orang pemain baharu iaitu Stephan Lichtsteiner, Bernd Leno, Sokratis Papasthathopoulos dan Lucas Torreira.

Foto: arsenal.com

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!