Arsenal Tumbang Di Laman Sendiri Ketika Menentang Watford

Arsenal tumbang di laman sendiri menentang Watford dalam aksi yang menyaksikan Watford menjaringkan 2 gol di separuh masa pertama.

Kemenangan ini telah merencatkan usaha Arsenal untuk mengejar Chelsea yang seri dengan Liverpool semalam.

Guna peluang

Dalam perlawanan yang berat sebelah dari segi statistik ini, Arsenal nyata menguasai perlawanan dengan baik.

Mereka menguasai perlawanan dengan penguasaan bola sebanyak 74% berbandingan hanya 26% untuk Watford.

Arsenal juga mencipta 20 peluang. Ini berbeza dengan Watford yang hanya mencipta percubaan separuh dari jumlah yang Arsenal cipta iaitu 10.

Namun begitu, Arsenal cuma mencipta 5 sahaja percubaan tepat daripada 20 percubaan yang mereka ada. Watford pula mencipta 6 percubaan tepat dari keseluruhan 10 percubaan yang mereka ada.

Watford memperoleh gol pendahuluan mereka menerusi Younes Kaboul. Beliau menjaringkan gol pada minit ke-10 permainan selepas rembatan luar kotaknya terkena kepada Aaron Ramsey dan masuk ke dalam gol.

Watford berhasil menjaringkan gol kedua mereka 3 minit kemudian selepas Troy Deeney menjaringkan gol kedua mereka.

Ia terhasil selepas larian memukau Ettiene Capoue serta percubaannya dihalang oleh Petr Cech. Deeney kemudiannya dengan mudah menolak masuk bola itu ke dalam gol.

Arsenal mula mencari gol di separuh masa kedua dan mereka berjaya mendapatkan gol menerusi Alex Iwobi pada minit ke-58.

Gol itu terjadi selepas Iwobi menyudahkan hantaran lintang dari Alexis Sanchez. Namun selepas itu, mereka gagal mencari gol penyamaan.

Kemenangan ini memberikan kelegaan kepada Walter Mazzari yang sudah mengalami 7 kekalahan sebelum ini – termasuklah kekalahan memalukan di tangan Milwall dalam saingan FA Cup.

Sementara bagi Arsenal, kekalahan ini membolehkan Tottenham Hotspur memintas mereka untuk kedudukan kedua liga dengan perbezaan jaringan.

Tottenham Hotspur pula seri 0-0 menentang Sunderland di tempat lawan.

 

Kesebelasan utama

Arsenal: Petr Cech (penjaga gol), Gabriel Paulista, Shokdran Mustafi, Laurent Konscielny (kapten), Nacho Monreal, Aaron Ramsey, Francis Coquelin, Alex Iwobi, Mesut Ozil, Alexis Sanchez, Olivier Giroud.

Watford: Heurelho Gomes (penjaga gol), Craig Cathcart, Younes Kaboul, Sebastian Prodl, Miguel Britos, Valon Behrami, Mbaye Niang, Tom Cleverly, Etienne Capoue, Daryl Janmaat, Troy Deeney (kapten)

Baca juga: Liverpool Seri Dengan Chelsea, Diego Costa Gagal Sempurnakan Penalti

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN