Arsenal memulakan langkah dengan menghantar bidaan rasmi untuk mendapatkan Wilfried Zaha. Koresponden Sky Sports – Kaveh Solhekol melaporkan bidaan tersebut adalah bernilai £40 juta.
Bidaan tersebut tidak ada ditambah dengan mana-mana pemain. Ini bermaksud Arsenal telah membida angka yang jauh lebih rendah daripada tanda harga diletakkan Crystal Palace.
Arsenal make £40m bid for Crystal Palace winger Wilfried Zaha. Zaha wants to move to Arsenal
— Kaveh Solhekol (@SkyKaveh) July 1, 2019
Palace sebelum ini meletakkan tanda harga £100 juta. Dan selepas itu mereka dikatakan akan mempertimbangkan tawaran sekitar £80-85 juta untuk pemain tersebut.
Hal ini kerana Palace mahu mendapatkan wang yang lebih banyak ke akaun mereka kerana Manchester United ada 25% klausa atas jualan pemain itu.
Full details on Arsenal's £40million bid for Wilfried Zaha
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) July 1, 2019
Wilfried Zaha dikatakan sudah memberitahu kelab bahawa beliau tertarik untuk menyertai Arsenal meskipun pasukan itu gagal ke UCL. Pada akhir musim lalu, Zaha memberitahu kelab – meminta mereka mempertimbangkan tawaran daripada kelab yang beraksi di UCL.
Kaveh Solhekol juga mendedahkan bahawa abang kepada Wilfried Zaha iaitu Judicael berharap Crystal Palace akan mempertimbangkan tawaran Arsenal, setelah apa pemain itu lakukan kepada kelab tersebut.
Judicael berkata: “Wilfried akan sentiasa mengingati para penyokong Palace setelah segala sokongan yang tidak berbelah bahagi diberikan kepada beliau. Ianya impian adik saya untuk bermain dengan Arsenal.”
“Wilfried memberikan segalanya untuk membantu mereka terus kekal menjadi kelab [beraksi di] EPL. Saya harap Palace akan boleh melihat perkara itu untuk mempersetuji rundingan dengan Arsenal – bagi merealisasikan impian Wilfried bermain di pentas Eropah bersama kelab yang beliau sokong sejak kecil.”
Zaha: “I supported Arsenal as a kid – I still do.” pic.twitter.com/ZidjC0235s
— Ahmed (@Ahmed91Gooner) June 26, 2019
Palace dijangka akan menolak tawaran Arsenal itu kerana mereka baru sahaja melepaskan pemain pertahanan mereka Aaron Wan Bissaka dengan nilai £50 juta.
Wilfried Zaha merupakan bintang utama Palace. Beliau menang 3 Anugerah Pemain Terbaik Tahunan berturut-turut dari 2016-2018. Pada 2019, beliau ditewaskan ole Wan-Bissaka.
As per @SkyKaveh Arsenal have submitted opening bid for Crystal Palace winger Wilfried Zaha. No players offered yet as part of proposed deal. Will be rejected & is getting predictably ugly. As previously reported Zaha wants to join #AFC & Emery wants him but #CPFC want huge money
— David Ornstein (@David_Ornstein) July 1, 2019
Analisis David Ornstein
David Ornstein dari BBC merasakan agak sukar untuk Arsenal mendapatkan Zaha dengan bidaan yang sangat rendah berbanding dengan tanda harga diletakkan oleh Palace.
Seterusnya, Arsenal juga memiliki dana perpindahan yang sangat rendah sekitar £45 juta, dengan tiada pemilik kelab tidak menunjukkan tanda-tanda mahu menambah dana tersebut.
Pada masa yang sama, Arsenal juga masih perlu memperkuatkan bahagian lain dalam pasukan mereka. Jadi, Arsenal pastinya hanya mampu berharap Crystal Palace melakukan tindakan sangat drastik menurunkan tanda harga Zaha kepada satu angka yang jauh lebih rendah daripada mereka harapkan sebelum ini.
Given their budget of around £45m, no owner investment & targets for other positions also being pursued, Arsenal would need Crystal Palace to reduce the asking price and/or raise significant funds through sales, in addition to (normal) staggered payment structure #AFC #CPFC #Zaha
— David Ornstein (@David_Ornstein) July 1, 2019
Harapan Arsenal kini pastinya untuk melihat Lembaga Pengarah memberikan suntikan dana tambahan secara mengejut, dengan keyakinan bahawa pemain seperti Wilfried Zaha adalah pembelian yang sangat berbaloi.
Arsenal masih gagal mereka menjana wang daripada penjualan pemain sehingga kini.