Arsenal Hampir Dapatkan Aubameyang Dengan Nilai £60 Juta

Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Loading official content
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen
Check out behind the scenes action from FC Bayern's 2-0 away win in the second leg of UEFA Champions League Last-16 against Bayer Leverkusen.
0 seconds of 1 minute, 29 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:29
01:29
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances Mourinho: 'We all know we were the better team' Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Lihat lebih video FC Bayern München di OneFootball

BBC melaporkan yang penyerang sensasi Borussia Dortmund, Pierre-Emerick Aubameyang semakin hampir ke Arsenal dengan nilai perpindahan sekitar £60 juta.

Sebelum ini laporan media di Jerman menyebut, Arsenal enggan memenuhi permintaan £70 juta diletakkan Borussia Dortmund untuk Aubameyang.

Arsenal sudah melakukan 2 bidaan yang ditolak kerana tidak menepati tag harga yang diletakkan oleh Borussia Dortmund. Salah satu daripada bidaan itu hanya bernilai £44 juta ataupun €50 juta.

Dalam perlawanan menentang Freiburg minggu lalu, Aubameyang di-boo oleh penyokong Dortmund selepas dilihat tidak bersungguh-sungguh dalam aksi beliau di padang. Ianya dipercayai kerana memikirkan soal perpindahan ke Arsenal.

Arsenal menjadikan Aubameyang sebagai pilihan utama untuk menggantikan Alexis Sanchez yang menyertai Manchester United dalam perjanjian pertukaran pemain.

Borussia Dortmund kini dalam proses untuk terus mencari pengganti Aubameyang jika pemain itu ke Arsenal. Dikhabarkan, Olivier Giroud adalah pilihan utama mereka.

Borussia Dortmund menegaskan mereka hanya akan menjual Aubameyang jika parameter yang mereka tetapkan dipenuhi. Pengarah Sukan Dortmund, Michael Zorc memberitahu media sebelum ini:

“Kami bersedia merealisasikan perpindahan pemain kami dengan beberapa syarat parameter dan ia harus dipenuhi.”

“Kami sudah jelaskan pendirian kami. Arsenal sudah melakukan beberapa bidaan. Buat masa ini kesemuanya kami tolak.”

Minggu ini Arsenal dijangka akan cuba merealisasikan perpihdahan Aubameyang dan harga akhir yang dijangka akan dipersetujui kedua-dua pihak adalah £60 juta. Dan ianya harus diselesaikan dalam tempoh kurang 48 jam.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN