Arsenal Diberi Amaran Supaya Jangan Pernah Turunkan Pierre-Emerick Aubameyang Lagi

Arsenal telah dipersalahkan kerana tetap menawarkan kontrak baru kepada Pierre-Emerick Aubameyang sebelum ini, walaupun pemain kebangsaan Gabon itu sudah menerima gaji yang sangat tinggi pada ketika itu.

Paul Merson merasakan Arsenal harus menyalahkan diri mereka sendiri selepas melihat bagaimana Gunners berdepan masalah dengan bekas ketua pasukan mereka itu.

Merson turut menegaskan yang Arsenal sebenarnya tak pernah belajar dari kesilapan yang pernah mereka lakukan sebelum ini, hingga hal hampir sama berulang lagi.

Beliau pada masa sama turut memberi amaran kepada skuad kendalian Mikel Arteta itu supaya tidak pernah menurunkan Aubameyang lagi selepas ini.

Menulis di ruangan beliau untuk Daily Star, Merson menulis bahawa:

“Arsenal sudah dapat apa yang selayaknya untuk mereka dari Pierre Emerick Aubameyang kerana mereka tak sepatutnya berikan dia kontrak baru. Dia terima gaji yang terlalu banyak di usia dia, dia sudah bukan lagi pemain yang kita kenal selepas tandatangani kontrak baru itu.”

“Pada pandangan saya, dia tak sepatutnya dipanggil untuk sertai kelab semula selepas melihat semua hal dia lakukan.”

Paul Merson memberi pandangan beliau tentang Aubameyang selepas pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengetepikan bintang Gabon itu untuk dua perlawanan terakhir mereka dalam saingan Premier League.

Pierre Emerick Aubameyang diketepikan oleh Mikel Arteta kerana beliau melakukan kesalahan disiplin yang mana beliau tidak mematuhi jangka waktu cuti yang diberikan oleh kelab kepadanya.

Beliau meminta cuti untuk melawat ibunya di Perancis, dengan pihak kelab memberi kebenaran kepada Auba untuk melakukan hal itu.

Walau bagaimanapun, pada hari yang sepatutnya beliau sampai, Aubameyang masih tidak sampai dan beliau telah terlewat untuk tiba semula di London.

Laporan terbaru dari media UK turut menjelaskan yang Mikel Arteta mungkin akan melanjutkan hukuman beliau lagi dan tidak akan menurunkan Aubameyang dalam beberapa perlawanan terakhir selepas ini.

https://twitter.com/GurjitAFC/status/1471991407699271681?t=uCycwZXarZHhrxZQeJK75g&s=19

Bekas pemain kebangsaan England, Paul Merson turut menjelaskan yang beliau lebih mengharap Aubameyang dijual sahaja andai ada kelab yang sanggup membayar klausa perlepasan bintang Gabon itu.

“Jika ada sesiapa tawarkan £350,000 seminggu pada dia, saya akan hantar dia ke sana tapi Barcelona tidak ada duit dan saya tak nampak bagaimana untuk mereka mampu untuk bayar walau separuh dari gaji Aubameyang.”

Arsenal sebelum ini berdepan masalah sama dengan Mesut Ozil selepas beliau ditawarkan kontrak lanjutan dengan tawaran gaji yang lumayan.

Merson percaya pihak kelab dan pengurus seharusnya belajar dari kesalahan yang mereka lakukan ketika berurusan dengan Ozil sebelum ini.

Menganggap isu Ozil berpunca dari kesilapan kelab sendiri, Merson menyambung kenyataan beliau dengan menyatakan:

“Arsenal bagi saya dalam situasi ini sekali lagi kerana mereka benarkan dia (Aubameyang) abaikan kontrak dia dan kemudiannya memberikan duit yang terlalu banyak kepada dia. Ia sama saja seperti situasi Mesut Ozil sekali lagi.”

Walau bagaimanapun, dakwaan dari Paul Merson mungkin ada benarnya yang Aubameyang terlalu dimanjakan dengan duit dan jadi besar kepala.

Namun situasi beliau dengan Ozil sangat jauh berbeza kerana bintang Jerman itu mahu bermain cuma beliau yang diketepikan oleh kelab kerana terlalu lantang bersuara.

Para penyokong pada ketika itu bahkan turut mendesak pihak kelab supaya memainkan bintang Jerman itu, dan ia berbeza dengan situasi Auba dengan peminat kini mendesak kelab untuk melepaskannya.

Jawatan ketua pasukan Aubameyang ditarik balik

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta telah menarik semula jawatan Pierre Emerick Aubameyang sebagai ketua pasukan, sebelum mengetepikan beliau dari semua perlawanan Gunners dalam saingan Premier League.

https://twitter.com/GurjitAFC/status/1470454191906824198?t=LKJ8e-zo-enZe66eYf8UgA&s=19

Pemain kebangsaan Gabon itu sangat tidak konsisten sejak dari awal beliau menandatangani kontrak baru, dengan beliau turut beberapa kali terlepas peluang keemasan untuk menjaringkan gol ketika diturunkan untuk beraksi.

Bintang berusia 32 tahun itu berjaya menjaringkan empat gol sahaja untuk Arsenal sepanjang musim ini dan beliau juga hanya mampu mencatatkan 35 percubaan tepat.

Arsenal pada ketika ini berada di kelompok empat teratas dalam saingan Premier League, dengan mereka hanya lapan mata sahaja dipisahkan dari Chelsea.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN