Arsenal dilaporkan telah mengenal pasti tiga pemain Barcelona yang mereka minat untuk ditukarkan dengan Pierre Emerick Aubameyang atau Alexandre Lacazette pada musim panas ini.
Sebelum jendela perpindahan ditutup, The Gunners dikatakan berminat untuk memperbaharui jentera serangan mereka dan mungkin bakal melepaskan Aubameyang atau Lacazette sebagai sebahagian dari perjanjian pertukaran pemain dengan Barcelona.
Barca sementara itu turut mahu memperbaiki kekuatan di bahagian jentera serangan skuad, selepas kehilangan Lionel Messi yang telah pergi meninggalkan kelab baru-baru ini.
Barcelona are interested in Arsenal captain Pierre-Emerick Aubameyang and are willing to offer Philippe Coutinho in exchange, according to Sky Sports News 🧐 pic.twitter.com/FL8k0pEujP
— GOAL (@goal) August 16, 2021
Mereka juga turut terdesak untuk melepaskan pemain sedia ada bagi mengurangkan bebanan membayar gaji pemain, dan pada masa sama turut berminat untuk menandatangani bintang Arsenal.
Pertukaran pemain secara tidak langsung akan membantu kedua-dua kelab supaya mendapatkan rundingan terbaik memandangkan kedudukan ekonomi masing-masing tidak berada di tahap yang terbaik.
Menurut sumber laporan dari Sport, Mikel Arteta sangat gembira untuk mengajak Barca melakukan pertukaran pemain, dengan beliau benar-benar berminat untuk mendapatkan khidmat Philippe Coutinho.
Selain Coutinho, Arteta turut berminat untuk mendapatkan penjaga gol, Neto dan pemain pertahanan Barca, Clement Lenglet.
Barcelona have offered Coutinho for Aubameyang to Arsenal. The second option is Lacazette. A swap deal, no money involved. [ diariosport ] pic.twitter.com/1JEYCZjiyI
— Arsenal News Channel (@Arsenalnewschan) August 16, 2021
Dan walaupun gergasi Catalan itu sedang bergelut dengan masalah kewangan, mereka masih tetap boleh berbelanja untuk mendapatkan pemain, asalkan mereka mampu untuk melepaskan pemain seperti Samuel Umtiti, Miralem Pjanic atau Martin Braithwaite.
Kedua-dua Aubameyang atau Lacazette tidak diturunkan ketika aksi kekalahan 2-0 Arsenal di tangan Brentford kemarin, dengan Arteta menyatakan bahawa kedua-dua pemain tidak berada di tahap kecergasan terbaik mereka sebelum bermulanya perlawanan.
“Mereka rasa tidak sihat, itu saja apa yang boleh saya katakan.”
Jelas Arteta berkait dua pemain penyerangnya itu.
Arsenal have been linked with a swap deal involving Coutinho and Aubameyang https://t.co/uQieW4bijs pic.twitter.com/5d7yemi6l8
— Mirror Football (@MirrorFootball) August 16, 2021
“Ia merupakan satu kehilangan yang besar, tapi dalam dunia yang kita ada sekarang, saya rasa satu-satunya hal yang kekal sekarang sudah berubah.”
“Jadi berbanding mencari alasan, lebih baik untuk kamu mencari jalan keluar dan itulah apa yang kami lakukan setiap hari.”
Dengan kedua-dua pemain itu menerima gaji yang tinggi, Arsenal jelas tidak berpuas hati dengan kualiti yang ditunjukkan oleh kedua-dua pemain itu setakat ini.
https://twitter.com/GurjitAFC/status/1427357726708019206?s=19
Laporan dari media Sepanyol menyatakan yang rundingan antara kedua-dua belah pihak sedang berlangsung, dan berkemungkinan ia akan berlaku dalam masa terdekat ini.
Walau bagaimanapun, keutamaan Barca pada ketika ini adalah untuk menjual dan melepaskan pemain sedia ada, dalam usaha mereka untuk menstabilkan semula kedudukan ekonomi kelab.
Selain gagal untuk mendaftarkan Messi hingga menyebabkan pemain terhebat sepanjang zaman kelab itu menyertai PSG, Barca juga berdepan dengan kesukaran untuk mendaftarkan kesemua penandatanganan baru mereka.
Gerard Pique explains pay cut decision to help Barcelona register new signingshttps://t.co/2ddaBSLaSd pic.twitter.com/FQ1I18M5GM
— Mirror Football (@MirrorFootball) August 15, 2021
Walau bagaimanapun, selepas Gerard Pique menyatakan persetujuannya untuk menerima cadangan pemotongan gaji, Barca akhirnya berjaya untuk mendaftarkan kesemua penandatanganan terbaru mereka bagi menghadapi saingan musim baharu ini.
Selain Pique, pemain senior lain seperti Jordi Alba dan Sergio Busquets juga dilaporkan bakal menerima cadangan pemotongan gaji untuk membantu menstabilkan kedudukan ekonomi kelab.