Arsenal Dalam Usaha Bawa Masuk Stephan Lichtsteiner Ke Stadium Emirates Secara Percuma

Lichtsteiner

Arsenal kini sedang mengintai khidmat ketua pasukan Switzerland, Stephan Lichtsteiner secara percuma selepas kontrak pemain pertahanan kanan Juventus itu akan berakhir pada musim panas nanti.

Pemain yang dijangka akan mengetuai cabaran Switzerland pada saingan Piala Dunia 2018 itu dijangka bakal menjadi pemain pertama yang ditandatangani oleh Unai Emery yang baru sahaja dilantik menggantikan Arsene Wenger.

Menurut The Guardian, pemain yang berusia 34 tahun itu turut mengesahkan bahawa beliau akan meninggalkan Juventus selepas tujuh musim berbakti buat kelab Turin tersebut.

”Saya beraksi buat salah satu pasukan yang terbesar di Eropah dan sentiasa terdapat persaingan bagi merebut tempat dalam pasukan.”

”Tetapi masa depan saya jauh dari Turin. Pada penghujung musim saya akan meninggalkan pasukan ini.”

LONDON, ENGLAND – AUGUST 05: Stephan Lichtsteiner of Juventus tackles Ben Davies of Tottenham during the pre-season match between Tottenham Hotspur and Juventus at Wembley Stadium on August 5, 2017 in London, England. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

”Saya akan ke luar negara pada musim hadapan tetapi masih belum menandatangani sebarang kontrak ketika ini,” jelas beliau ketika ditemubual Mediaset selepas perlawanan menentang Bologna pada bulan ini.

Sekiranya kehadiran Lichtsteiner ke Stadium Emirates menjadi kenyataan, beliau mampu untuk mencurahkan pengalaman luas yang dimilikinya

Di samping itu, beliau juga akan dapat mewujudkan persaingan yang sihat di bahagian pertahanan kanan yang ketika ini Hector Bellerin dilihat sebagai pilihan utama untuk mengisi posisi tersebut.

Stephan Lichtsteiner telah membantu Juventus meraih tujuh kejuaraan Serie A berturut-turut sejak beliau menyertai kelab gergasi Itali itu pada 27 Jun 2011.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN