Arsenal Sukar Dapatkan Aubameyang, Borussia Dortmund Mahukan Yuran Perpindahan Lebih Tinggi

Sejak perginya Alexis Sanchez ke Manchester United dan tibanya Henrikh Mkhitaryan ke Arsenal, pasukan London tersebut meneruskan usaha untuk mendapatkan pemain Borrusia Dortmund – Pierre Emerick Aubameyang.

Bintang Borussia Dortmund itu merupakan sasaran utama Arsenal pada jendela perpindahan Januari ini dengan mereka telah menawarkan tawaran pertama sebanyak €50 juta untuk pemain Gabon itu.

Dalam masa yang sama, Arsenal turut menawarkan bonus sebanyak €10 juta.

Akan tetapi jumlah yang ditawarkan oleh Arsenal didapati terlalu rendah bagi Borussia Dortmund. Mereka mahukan sekurang-kurangnya €70 juta diberikan oleh Arsenal untuk Aubameyang.

Menurut sumber di Jerman, Arsenal kini tiba dengan tawaran kedua untuk memikat Borussia Dortmund.

Kali ini, mereka menawarkan €60 juta berserta pemain pinjaman yang akan beraksi untuk Borussia Dortmund pada baki musim ini.

Pemain yang ditawarkan oleh Arsenal ada Olivier Giroud, pemain yang jarang mendapat tempat dalam skuad Arsenal pada musim ini sejak tibanya Alexandre Lacazette.

(Photo by Julian Finney/Getty Images)

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger berharap yang beliau berjaya membawa Aubameyang ke Arsenal kerana pemain tersebut merupakan pemain yang cukup sesuai dijadikan sebagai pengganti Sanchez.

Jika perpindahan ini berjaya, ia merupakan satu kejayaan besar buat Wenger yang mahukan Mesut Ozil untuk menandatangani kontrak baharu bersama-sama kelab tersebut.

Wenger dikatakan belum lagi mahu mengalah dalam usaha mengekalkan Ozil di Emirates.

Beliau pastinya tidak mahu kehilangan pemain berkredibiliti tinggi seperti Ozil selepas kehilangan Sanchez. Namun adakah perpindahan Aubameyang ke Arsenal akan berjaya?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN