Arsenal Nafi Sanchez Hantar Surat Mohon Pindah, Chamberlain Bakal Ke Chelsea?

Pihak Arsenal menyatakan mereka terkejut dengan khabar angin yang menyatakan bintang sensasi mereka, Alexis Sanchez sudah menghantar surat mohon pindah.

Laporan beberapa media mendakwa Alexis Sanchez tidak gembira di Arsenal terutama sekali selepas kekalahan di tangan Liverpool.

(Photo by Michael Regan/Getty Images)

Sebelum itu Wenger menyatakan pemain tersebut kelihatan sangat sayangkan pasukan Arsenal dan yakin Alexis Sanchez akan memilih untuk kekal di Arsenal.

Manchester City antara kelab yang terus memantau perkembangan semasa Alexis Sanchez.

Kontrak semasa Alexis Sanchez hanya berbaki 11 bulan. Jika beliau tidak menandatangani kontrak pada sehingga Januari, beliau akan menjadi ejen bebas.

Alexis Sanchez musim lalu cemerlang bermain sebagai penyerang utama. Beliau berjaya meledak 30 gol daripada 51 penampilan beliau untuk Arsenal. Kehilangan Sanchez bukanlah perkara yang diinginkan Arsenal.

Pada awal perpindahan pra-musim, Arsenal membawa masuk Lacazette. Ramai yang menyatakan ia petanda jelas Arsenal sudah bersedia untuk kehilangan Alexis Sanchez.

Dalam perkembangan lain, Oxlade Chamberlain dilaporkan hampir pasti menyertai Chelsea. Ianya selepas pemain tersebut menolak untuk melanjutkan kontrak di Emirates.

Jika ia benar berlaku, penyokong Arsenal pastinya kecewa kerana Chelsea adalah seteru derbi sebandar Arsenal.

Chamberlain dibangunkan Wenger daripada penyearang sayap, dijadikan bek sayap. Ianya pasti aspek penting yang dikehendaki oleh Conte di dalam sistem 3-4-3 beliau.

Selain daripada Sanchez, Mesut Ozil juga masih belum menandatangani sebarang kontrak lanjutan di Emirates.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN