Arsenal 2-1 Cardiff City: Gol Lacazette Gerhanakan Persembahan Terbaik Cardiff

Arsenal terpaksa bekerja keras sebelum dapat meraih kemenangan 2-1 menentang Cardiff City, yang bermain buat pertama kali sejak kehilangan penyerang Emiliano Sala, di Emirates Stadium awal pagi tadi.

Pesawat yang dinaiki Sala, 28, dan juruterbang, David Ibbotson dilaporkan hilang dari radar sekitar Channel Islands ketika dalam perjalanan ke Cardiff dari Nantes, selepas Sala dibeli Cardiff City pada harga £15 juta.

Kedua-dua pasukan bergelut untuk mencipta peluang gol pada separuh masa pertama, tetapi Arsenal terlebih dahulu mendahului menerusi sepakan penalti Pierre-Emerick Aubameyang pada minit ke-66, selepas Bruno Ecuele Manga menjatuhkan Sead Kolasinac dalam kotak penalti.

Alexander Lacazette kemudiannya menggandakan kelebihan Arsenal dengan rembatan rendah pada minit ke-83.

Pengurus Arsenal, Unai Emery memberikan tanggungjawab kapten dan tempat kesebelasan utama kepada Mesut Ozil, pertama kali pada 2019, tetapi secara jujurnya perancang Jerman tersebut gagal memberikan sebarang impak menonjol sebelum digantikan dengan Aaron Ramsey pada minit ke-76.

Emery yang sebelum ini berkata beliau tidak mahu bercakap tentang spekulasi Ozil meninggalkan kelab, sebaliknya menuntut lebih konsistensi daripada pemain termahal kelab tersebut.

Mujurlah Arsenal berjaya memperbaiki persembahan pada separuh masa kedua selepas bergelut mencipta peluang pada separuh masa pertama. Ini terbukti apabila Aubameyang gagal menyentuh sebarang bola dalam kotak penalti lawan pada 45 minit pertama.

Pemain gantian Cardiff, Nataniel Mendez-Laing merapatkan kedudukan pada masa tambahan selepas berjaya menewaskan Bernd Leno dengan rembatan lencong beliau.

Bagaimanapun ia tidak cukup untuk Cardiff, sekaligus membolehkan Arsenal menyamakan kedudukan mata dengan Chelsea yang berada di tangga ke-4 liga, dengan 47 mata.

Disebalik kekalahan tersebut, pengurus Cardiff City, Neil Warnock memuji ‘persembahan terbaik sepanjang musim setakat ini’ daripada anak buahnya di sebalik minggu sukar yang melanda kelab mereka.

“Kalau Arsenal mempunyai jumlah peluang seperti kami, mereka akan menjaringkan 4 gol. Kami ada banyak peluang baik, dan dengan usaha yang kami lakukan, kami sepatutnya boleh mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata,” kata Warnock selepas perlawanan.

Selain berita kehilangan penyerang baru mereka, Cardiff turut bersedih dengan berita kematian ahli keluarga bek kirinya, Joe Bennett, pada Sabtu lepas.

“Joe sangat mengagumkan,” kata Warnock. “Beliau baru sahaja kehilangan bapanya 3 hari lepas, tetapi bila beliau mempamerkan persembahan seperti malam ini, saya sangat gembira.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN