Arrigo Sacchi & Trio Belanda, Kisah Kegemilangan Dan Legasi AC Milan!

Suatu ketika dahulu bandar Milan mewarnai kancah bola sepak Itali bersama musuh setempat, Inter Milan.

Artikel ini mengamit individu penting dalam sejarah lampau pasukan yang sinonim dengan warna merah dan hitam, Associazione Calcio Milan.

Arrigo Sacchi

Arrigo Sacchi. Pada satu masa, dikenali sebagai seorang jurujual kasut di Itali. Beliau tidak pernah bermain bola sepak secara profesional.

Catatan pengalaman hanyalah sebagai seorang pemain separuh masa, bersama sebuah kelab amatur di Itali.

Tiada stadium, tiada gempak gempita ribuan penyokong memanggil namanya, dan dirinya tidak dimasyurkan di kaca televisyen maupun di majalah sukan bola sepak.

“Saya tidak tahu untuk menjadi seorang jockey, saya terlebih dahulu harus menjadi seekor kuda.”

Demikian jawab Arrigo Sachi kepada pengkritik beliau. Hakikatnya, Arrigo Saachi adalah pengurus paling berjaya di dalam sejarah A.C Milan.

Pengkritik beliau hanya mampu berdiam diri tatkala memerhatikan kebolehan pengurus kelahiran Fusigno, Itali ini meraih kejayaan demi kejayaan bersama AC Milan.

Setelah 9 musim ketandusan gelaran, kelab yang berpusat di San Siro ini menjulang Scudetto Serie A pada musim pertama di bawah kendalian Sacchi.

Gergasi Milan itu turut menjulang Italian Super Cup pada tahun berikutnya, diikuti dengan dua kejayaan berturut-turut di kejohanan peringkat eropah pada musim 1988/89 dan 1989/90.

Arrigo Sacchi bersama skuad A.C Milan julang Piala Eropah.

Bola sepak yang diperkenalkan oleh Arrigo Sacchi adalah mudah. A.C Milan di bawah kendalian beliau telah menghimpunkan antara pemain pertahanan yang sangat ampuh pada era itu.

Barisan pemain tengah yang sanggup bekerja keras dan pemain penyerang yang berbisa. Pengurus berkarakter botak ini hanya percaya kepada satu kaedah – kerja keras.

Beliau juga adalah pelopor kepada gaya permainan “pressing game” seperti yang diamalkan dalam permainan bola sepak moden pada hari ini.

Kejayaan Sacchi di Milan turut sinonim dengan 3 pemain berasal daripada Belanda dalam skuad A.C Milan.

Wajah tiga bintang Belanda ini gah menghiasi dinding mana-mana bilik bujang yang meminati bola sepak pada lewat 80an sehingga awal 90an.

Marco Van Bansten

Marco Van Bansten adalah pemain yang dibawa oleh Sacchi ketika beliau baru meyertai A.C Milan.

Pemenang angugerah Ballon D’ Or sebanyak tiga kali (1988, 1989 dan 1992), untuk aksi cemerlang beliau bersama A.C Milan seterusnya dianugerahkan Pemain Terbaik FIFA pada tahun 1992.

90 gol dijaringkan melalui 147 penampilan bersama A.C Milan selama 8 musim. Pada tahun 1995, Marco terpaksa menggantung but pada usia 28 tahun selepas kecederaan lutut yang berlarutan dialaminya.

Marco van Basten

Ruud Gullit

Selain daripada Marco, Sacchi turut memancing Ruud Gullit pada musim pertama beliau dengan rekod perpindahan dunia berjumlah £6 juta  pada masa itu.

Perpindahan pada tahun 1987 daripada PSV Eindhoven itu nyata tidak sia-sia.

Gullit menjulang kejuaraan Serie A pertamanya bersama A.C Milan dan dinobatkan sebagai pemenang Ballon D’Or pada tahun yang sama.

Pemain yang mudah dikenali dengan gaya rambut “dreadlocks” sebagai trademark ini memenangi 3 Serie A dan 2 kejuaraan eropah bersama kelab San Siro tersebut sebelum berhijrah ke Chelsea pada musim 1996/97.

Frank Rijkaard

Berbeza dengan Marco dan Gullit, Frank Rijkaard dibawa masuk oleh Sacchi pada musim kedua beliau di Milan. Rijkaard adalah seorang pemain yang unik.

Ketika bersama Ajax, Rijkaard adalah seorang pemain pertahanan.

Di Milan, Sacchi memberikan beliau peranan sebagai “pivot” sebelum menukar posisi beliau kepada “defensive midfielder” sepenuhnya.

Corak permainan keras beliau di jentera tengah pasukan turut membantu pertahanan Milan yang terkenal dengan keampuhannya pada era itu.

Rijkaard tidak pernah memenangi sebarang kejuaraan individu sebagaimana dua lagi rakannya dari Belanda. Ini kemungkinan disebabkan posisinya pada era itu bukanlah posisi yang “glamour“.

Tetapi sumbangannya kepada kelab San Siro itu adalah setara dengan kedua-dua rakannya dari Belanda.

24-04-1990 Milaan, AC Milan-Juventus DVD 169/Frank Rijkaard in aktie/Foto en copyright: Leo Vogelzang bv

A.C Milan hari ini

Zaman Sacchi dan trio Dutch Masters telah lama berlalu. Selepas Sacchi, A.C Milan hanya menjulang kejuaraan Serie A sebanyak dua kali (2004/05, 2011/12) dan UEFA Champions League juga dua kali (2002/03, 2006/07).

Walaupun kekal bersaing di Serie A, kehadiran mereka tidak dominan seperti dulu.

Pada hari ini, kita hanya melihat pencapaian kelab dari Turin, Juventus mendominasi Serie A dan bersaing sengit di peringkat Eropah.

Kedudukan kewangan A.C Milan juga tidak stabil dan terpaksa menjual pemain-pemain mereka yang berbakat untuk beberapa musim kebelakangan ini.

Sehingga artikel ini ditulis, A.C Milan berada di kedudukan ke-7, 2 mata di belakang musuh setempat Inter Milan di tangga ke-5.

Di bawah bimbingan Vincenzo Montella, sudah pasti harapan peminat setia A.C Milan ialah supaya pasukan Rossoneri ini kembali mencabar kejuaraan Serie A dan UEFA Champions League pada musim akan datang.

Fakta menarik A.C Milan

  •  Ditubuhkan pada 16hb Disember 1899 oleh saudagar Inggeris Alfred Edwards dan Herbert Kilpin.
  •  Pernah dimiliki oleh bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi yang telah didakwa di negaranya kerana mengamalkan rasuah ketika memegang jawatan sebagai Perdana Menteri. Beliau memiliki kelab tersebut selama 30 tahun.
  • A.C Milan berkongsi gelanggang dengan seteru setempat Inter Milan, iaitu di San Siro
  • Jersey No.3 dan No.6 telah direhatkan/bersara untuk menghargai dua pertahanan legenda kelab tersebut iaitu Paulo Maldini dan Franco Baresi.
  • Kelab ini punyai 3 nama. Sebelum dikenali sebagai Associazione Calcio Milan (A.C Milan) pada hari ini, kelab ini dinamakan sebagai Milan Cricket and Football Club pada awal penubuhannya. Selepas 5 tahun, kelab ini ditukar nama kepada Milan Football Club.

Ia adalah adunan sempurna. Negara yang terkenal dengan catennacio calcio ini telah menggunakan pemain dari negara Total Football. Itulah Arrigo Sacchi dan AC Milan!

Baca juga: Arrigo Sacchi: Dari Jurujual Kasut Kepada Pengurus Pasukan Lagenda

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN