Arjen Robben Kutuk Pemain Yang Pergi Ke China Kerana Gaji Lumayan

Arjen Robben kutuk pemain bola sepak yang mengambil keputusan untuk berhijrah ke China untuk bermain di Chinese Super League (CSL).

Bagi beliau, tindakan pemain-pemain yang berhijrah ke CSL itu merupakan satu tindakan yang merugikan terutamanya bagi mereka yang berhijrah ketika karier mereka masih lagi di puncak.

Main di tahap tertinggi

Arjen Robben kutuk pemain yang pergi ke China terutamanya ketika mereka masih lagi di puncak karier seperti apa yang dilakukan oleh Oscar dan juga Hulk.

“Saya tak faham kenapa ada pemain yang berumur 27 atau 28 tahun pergi ke China. Ketika umur begitu, ia adalah kemuncak kepada karier mereka.”

“Harus mereka ingat, karier bola sepak yang mereka ada cuma satu. Saya merupakan seorang pemain yang sudah berusia melebihi 30 tahun, tetapi saya tetap mahu bermain di tahap tertinggi.”

Kemahuan Robben itu terbukti apabila beliau baru sahaja menandatangani lanjutan kontrak selama setahun bersama dengan Bayern Munich walaupun beliau sebenarnya ada menerima beberapa tawaran dari kelab-kelab di CSL.

“Saya mempunyai masa yang cukup indah di Bayern Munich dan saya bermain dengan salah satu kelab terhebat di dunia.”

“Pada saya, jika seseorang pemain itu memilih bermain di China, ia tak ubah seperti menganggap karier mereka sudah berakhir.”

Dikaburi wang

Arjen Robben kutuk pemain yang pergi ke China kerana mereka telah dikaburi dengan wang yang ditawarkan.

Dalam masa yang sama, beliau juga mengutuk kegilaan kelab-kelab CSL yang berbelanja besar untuk mendapatkan pemain-pemain berkualiti dari seluruh dunia terutamanya dari liga-liga Eropah.

“Mereka ada menawarkan kepada saya sejumlah wang yang cukup besar. Tetapi saya tidak tertarik dengan tawaran itu.”

“Mereka boleh tawarkan kepada semua pemain dengan jumlah gaji yang 4, 5 malah 6 kali lebih tinggi daripada gaji yang kami ada sekarang. Memang jumlah gaji yang ditawarkan memang tinggi, amat tinggi. Tetapi kami perlu mempertimbangkannya dengan sebaik mungkin.”

Bagi Robben, cinta beliau kepada bola sepak berjaya mengatasi dirinya daripada dikaburi dengan lautan wang yang menanti beliau di China.

“Wang tidak pernah mengaburi saya, dan sebab itulah saya ada karier yang hebat di sini. Semuanya saya lakukan kerana bola sepak.”

Baca juga: Jersi Kedah 2017 Dilaporkan Licin Di Al-Ikhsan, Jersi Away Paling Hangat

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN