“Arining Adda Promosyi!” – Tonton Jordan Mintah Jual Baju Melayu Sambil Joget Lagu Dolla

Jordan Mintah

Pemain Terengganu, Jordan Mintah jelas sekali merupakan pemain yang cukup disenangi oleh penyokong Sang Penyu kerana dua perkara.

Pertama, kerana corak permainannya yang bertenanga di atas padang. Kedua, kerana personalitinya yang bersahaja di luar padang.

Sejak tiba di Malaysia terutamanya Terengganu, Mintah dilihat dapat menyesuaikan diri dengan budaya tempatan.

Walaupun masih ada pelat-pelat, tetapi usahanya bercakap bahasa Melayu loghat Terengganu harus dipuji dan Mintah telah menunjukkan kebolehannya itu beberapa kali dalam pelbagai video.

Kini jadi duta

Gaya bersahaja Mintah di luar padang berjaya menarik pihak luar untuk menjadikan dirinya sebagai duta jenama baju Melayu.

Terkini, syarikat pengeluar baju Melayu, Elrah Exclusive telah memilih Mintah untuk mempromosikan koleksi baju Melayu mereka.

Dalam promosi yang dilakukan Mintah itu, beliau bercakap sepenuhnya dalam loghat Terengganu sambil mengenakan pakaian kebangsaan itu.

“Pakat mari kedai boh, arining ada promosyi. Lambat abis, lambat abis, lambat abis!,” ujar Mintah dalam video berdurasi 35 saat itu.

Mintah kemudiannya berjoget sambil menyanyikan lagu Raya Raya Raya dendangan Dolla, walaupun jelas sekali tidak mengikut tempo.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah:

Macam-macam lah Mintah ni, lagu raya pun dia bedal macam tu je. HAHA!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN