Ariff Farhan Mahu Kembali Pamer Aksi Terbaik, Intai Peluang Skuad Kebangsaan

Ariff Farhan

Pemain pertahanan Kedah, Ariff Farhan Md Isa mahu kembali mengintai tempat dalam skuad kebangsaan sekiranya berjaya membina kembali nama dalam Liga Malaysia selepas bergelut dengan kecederaan lama sebelum ini.

Pemain berusia 25 tahun ini sering kali dibelenggu kecederaan lama di bahagian lutut sejak berhijrah ke PKNS FC pada musim 2019 selain misinya untuk cuba berada di prestasi sebenar bersama Felda United musim lalu juga tidak berjalan lancar disebabkan Liga Malaysia hanya berlangsung separuh musim sahaja.

Tetapi, Ariff nekad ingin bangkit semula pada tahun ini apabila kembali semula ke Kedah sepertimana dia pernah berjaya mencipta nama bersama pasukan itu sejak musim 2016 hingga 2018 dan sasaran utamanya kali ini adalah untuk merebut tempat dalam skuad Harimau Malaya.

Namun dia sedar perkara itu bukan mudah dan memerlukan kerja keras bagi memastikan prestasinya berada di tahap terbaik dalam saingan Liga Super musim ini selain enggan lagi dibelenggu dengan sebarang kecederaan yang memudaratkan.

“Apabila saya keluar daripada Kedah pada tahun 2019, memang saya sedar prestasi agak tidak menentu dan pada masa itu, saya tahu hati saya memang nak patah balik kembali ke Kedah.

Saya cuba lagi dengan Felda United pada musim lepas, dan sedikit sebanyak saya dapat rasa saya di landasan betul, tetapi belum puas sebab liga hanya berlangsung separuh musim sahaja.

“Kali ini, saya tidak mahu toleh ke belakang lagi dan sekiranya saya mampu buktikan kembali prestasi terbaik saya, tidak mustahil hasrat saya untuk kembali mendapat tempat dalam skuad kebangsaan tercapai,” katanya.

Kali terakhir Ariff berada dalam kem latihan pusat skuad kebangsaan adalah pada pada tahun 2018 untuk menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa “A” bertemu Mongolia sebelum namanya digugurkan pada Jun 2018 ketika persediaan menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa “A” bertemu Fiji.

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini, pemain kelahiran Kedah ini menyifatkan cabaran dan ujian buat kali kedua ini perlu diharungi dengan lebih matang memandangkan saingan Liga Malaysia belum lagi bermula.

Sama seperti pasukan-pasukan lain, dia bersama rakan pasukan juga tidak ketinggalan menjalani sesi latihan sendiri di rumah dan segala perancangan yang diatur oleh barisan kejurulatihan perlu dituruti dengan baik.

“Kalau sebelum PKP, memang semua tengah bersemangat berlatih pagi dan petang di padang, tetapi sekarang nak buat macam mana, terpaksa kita berlatih sendiri di rumah.

“Untuk saya sendiri, saya memang kena bekerja keras sebab saya tahu bukan senang merebut tempat dalam kesebelasan utama dan pasukan sekarang pastinya lebih berbeza berbanding ketika musim saya bersama Kedah sebelum ini.

“Apa jua keadaan dan situasi sekarang, sebagai pemain, kita sendiri kena berusaha lebih untuk memastikan tahap kecergasan tidak terjejas walaupun tidak dapat berlatih di padang,” tambah Ariff Farhan lagi.

Kredit featured image: Allsport Co./Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Ariff Farhan dan Kedah:

Ariff Farhan Mohon Bantuan, Cari Civic Type R Yang Hilang

Berbaki 2 Pemain Belum Diumum, Kedah Mungkin Senarai Lebih 25 Pemain

Ariff Farhan Mahu Ketuk Pintu Skuad Kebangsaan Bersama FELDA United

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN