Arif Aiman Jadi Tumpuan Utama Aksi JDT-Buriram United

Arif Aiman Hanapi dilihat bakal menjadi antara pemain tumpuan utama bagi aksi pusingan 16 terbaik kedua saingan AFC Champions League Elite (ACLE) yang akan berlangsung pada hari ini.

Jika aksi lalu, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Buriram United sekadar terikat seri tanpa jaringan di gelanggang lawan, aksi hari ini bakal menoktahkan segalanya siapa bakal mara ke pentas suku akhir.

Baik JDT atau Buriram United, kedua kelab dari Asia Tenggara ini mempamerkan aksi yang sangat baik sejak di peringkat kumpulan sebelum melangkah ke pentas 16 terbaik.

Malah, rekod pertembungan kedua pasukan tersebut juga sentiasa menjanjikan suatu aksi cukup sengit apabila masing-masing sudah pun merekodkan keputusan seri dua kali pada saingan musim ini.

Apapun, aksi seri tidak lagi boleh digunakan pada hari ini kerana dengan kemenangan sahaja mampu mengesahkan hala tuju kedua pasukan tersebut di pentas ACLE.

JDT Berpeluang Cerah Terus Banggakan Malaysia Di Pentas Asia

Bagi perlawanan istimewa tersebut hari ini, Semuanya BOLA menyenaraikan empat pemain tumpuan kedua pasukan yang dijangka bakal memberikan impak besar di atas padang.

Arif Aiman Hanapi (JDT)

Salah seorang peledak berbisa di pentas Asia itu pastinya akan terus menjadi subjek utama buat JDT untuk mendapatkan gol menerusi kualiti dimiliki beliau.

Sembilan penampilan dan lima gol telah dicatat Arif kini di pentas ACLE, dan sudah tentu keupayaannya terus ditagih JDT untuk benam cabaran pasukan lawan hari ini.

Kelincahan, pantas, dan tajam di hadapan gol menjadikan bintang Harimau Malaya itu selaku pemain yang serba lengkap untuk menjadi penggempur berbahaya perlawanan tersebut.

Juan Muniz Gallego (JDT)

Tidak dibawa turun pada aksi lalu, jelas JDT dilihat sedikit kurang menyerlah daripada segi kreativiti serta keterbukaan mereka untuk menyerang sepanjang perlawanan berlangsung.

Pastinya aksi hari ini kualiti Juan Muniz ditagih Hector Bidoglio untuk memastikan Harimau Selatan tampil lebih baik berbanding siri perlawanan lalu di posisi tengah.

Keupayaan Juan Muniz untuk mengawal tempo permainan, kreatif mencipta hantaran dan pakar sepakan percuma pastinya bakal mengubah corak permainan JDT secara keseluruhan berbanding aksi lalu.

Lucas Crispim

Perancang utama siri serangan Buriram United dan beliau sentiasa memiliki idea di luar jangkaan jika kita lihat pada dua aksi lalu sewaktu mereka menentang JDT.

Keupayaan Crispim untuk mengawal tempo permainan dan menukar arah penguasaan bola menjadikan beliau sangat berbahaya jika dibiarkan terus bebas.

Lebih menarik, beliau boleh mencipta kombinasi permainan pantas bersama rakan sepasukan lain untuk memecah belahkan disiplin pertahanan lawan.

Martin Boakye

Penyerang utama Buriram United beberapa kali tampil memberi ancaman berbahaya kepada pertahanan JDT jika diimbas kembali pada aksi lalu.

Kekuatan fizikal Boakye boleh dianggap sebagai salah satu kelebihan terbaiknya untuk mengatasi pertahanan lawan dan ia digunakan dengan cukup pada aksi sebelum itu.

Dijangka, Boakye akan terus menjadi pilihan utama Buriram United untuk membentuk gandingan bersama Bissoli serta Suphanat Mueanta di posisi serangan kelab berkenaan hari ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN