Arif Aiman Jadi Sandaran Penting JDT Untuk Benam Cabaran Ulsan HD

Bintang bola sepak tempatan, Arif Aiman Hanapi dianggap sebagai salah seorang pemain tumpuan bagi aksi seterusnya dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE) yang bakal berlangsung hari ini.

Terdahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal melayan kunjungan wakil kelab dari Korea Selatan pada hari ini dengan membawa cabaran cukup besar demi memperoleh kemenangan seterusnya.

Seperti diketahui, kedua pasukan tersebut sudah pun bertembung sebanyak empat kali di peringkat kumpulan sejak tahun 2022 lagi di saingan tertinggi Asia.

Daripada empat pertembungan, JDT meraih tiga kemenangan serta hanya satu kekalahan di gelanggang lawan pada 24 Oktober lalu menerusi keputusan 1-3.

Melihat kepada statistik lalu lebih memihak kepada JDT, sudah tentu ramai mengharapkan pasukan kendalian Hector Bidoglio itu mampu mengulangi kejayaan tersebut pada hari ini.

Apatah lagi dua aksi lalu di SSI jelas memihak kepada JDT, dan itu sedikit sebanyak mampu menaikkan moral gergasi dari Malaysia itu untuk cuba mengalahkan pelawat.

Beralih kembali pada aksi hari ini, nama Arif Aiman antara dijangka bakal memainkan peranan cukup besar buat JDT untuk mendapatkan jaringan menerusi kualiti dimiliki beliau.

Reputasi Arif pada saingan ACLE musim ini juga boleh dianggap cukup baik, apabila dirinya sudah meledak tiga gol daripada tiga perlawanan dihadapi bersama JDT.

Kepantasan, kelincahan, serta ketajaman menjadi kunci utama pemain tersebut untuk tampil begitu menyerlah di posisi sayap kanan menjadikan dirinya begitu berbahaya buat mana-mana pertahanan lawan.

Selain itu penyerang handalan dari Brazil, Bergson da Silva juga dijangka akan menjadi pilihan utama buat Harimau Selatan untuk melayan kunjungan Ulsan HD.

Selain aksi lesu ditampilkan oleh Jorge Obregon pada aksi lalu, momentum semasa Bergson juga sedang berada pada tahap terbaik untuk membuktikan sesuatu kepada penyokong di SSI.

Sepanjang empat kali pertemuan kedua pasukan tersebut, Bergson telah pun menewaskan penjaga gol utama Ulsan HD iaitu Jo Hyeon-woo sebanyak dua kali.

Apapun, diharap Hector dapat memilih kesebelasan utama terbaik buat JDT serta mereka menggunakan peluang beraksi di halaman sendiri untuk mencatat keputusan lebih positif.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN