Arif Aiman Hanapi dijangka bakal menjadi salah seorang pemain paling mencuri tumpuan untuk aksi Liga Super 2024/2025 hari ini membabitkan pertemuan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Sabah.
Aksi yang bakal berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri itu menyaksikan Harimau Selatan bakal melayan kunjungan Sabah dengan status selaku pasukan pelawat.
Aksi terdahulu di Likas menyaksikan JDT unggul mencipta kemenangan 3-1 menerusi ledakan dua gol daripada Romel Morales serta satu jaringan tunggak melalui penyerang dari Brazil, Bergson da Silva.
Manakala Sabah memperoleh jaringan penalti pada minit ke-52 menerusi pemain import mereka iaitu Gabriel Peres untuk menyaksikan mereka tewas kepada skuad kendalian Hector Bidoglio.
Sudah tentu Sabah pada aksi ini enggan mencipta sebarang kekalahan lagi dengan pelbagai persiapan rapi dibuat untuk cuba mengejutkan tuan rumah.
It's matchday!
⚽ JDT vs SABAH
🏆 Liga Super 2024/25
🏟 Sultan Ibrahim Stadium, Iskandar Puteri
🕘 20:15Get your tickets at https://t.co/hzFkiKzKwl now!#JDTvSAB#LigaSuper#WhatCanYouDo#TheTMJeffect#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/FjWgXjlVaH
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) January 11, 2025
Sementara JDT juga tentunya tidak rela rekod bersih mereka di laman sendiri untuk saingan Liga Super musim ini terjejas pada aksi bertemu Sabah.
Untuk aksi hari ini, Semuanya BOLA menyenaraikan empat pemain tumpuan yang dijangka memainkan peranan penting bersama pasukan masing-masing.
Bergson da Silva
Penjaring terbanyak Liga Super ini dijangka akan terus menjadi pertaruhan utama Bidoglio untuk merobek gawang Sabah pada aksi hari ini menerusi kualiti dimilikinya.
Kekuatan fizikal, ketajaman, dan kualiti gelecekan Bergson sering memberi mimpi ngeri buat pertahanan lawan selain kombinasi permainan dicipta beliau bersama rakan sepasukan.
Musim ini sahaja menyaksikan pemain dari Brazil itu sudah meledak 30 gol bersama lima bantuan jaringan secara keseluruhan daripada 28 perlawanan diharungi.
Arif Aiman Hanapi
Siapa sahaja dapat mengetepikan impak Arif Aiman dalam setiap perlawanan diharungi beliau bersama JDT, baik di pentas domestik atau saingan antarabangsa.
Kelajuan dan ketajaman beliau sering menjadi senjata yang sangat berbahaya untuk mengecewakan mana-mana pertahanan pasukan lawan sejak beberapa musim lalu.
Saingan musim ini menyaksikan bintang muda Harimau Malaya itu sudah pun meledak 15 gol dan lapan bantuan jaringan secara keseluruhan daripada 27 perlawanan diharungi.
Joao Pedro
Tampil pada pertengahan musim untuk menggantikan khidmat Ramon Machado, nyata ia merupakan pemain paling berbaloi ditandatangani Sabah buat posisi serangan kelab tersebut.
Keupayaan Pedro untuk meledak gol daripada pelbagai sudut menjadikan beliau sangat berbahaya selain pemain tersebut turut mempunyai kreativiti menyusun serangan.
Setakat ini, Pedro sudah pun meledak tujuh gol secara keseluruhan daripada 11 perlawanan dan dijangka pemain dari Brazil itu memiliki cita-cita untuk merobek gawang JDT.
Saddil Ramdani
Kelincahan Saddil dijangka akan terus ditagih pada perlawanan hari ini untuk mengkucar kacirkan pertahanan lawan selain membuka peluang jaringan kepada Sabah.
Seperti diketahui, Saddil mempunyai kualiti cukup menyakinkan daripada segi kawalan bola, kelicikan, serta kualiti sepakan percuma untuk mengatasi pasukan lawan.
#LigaSuper2025 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍 🦏⚡️
🆚 Johor Darul Ta'zim
🗓️ Sabtu, 11 Januari 2025
⏰ 8.15 PM
🏟️ Stadium Sultan Ibrahim📡📺 Saksikan siaran langsung di Astro Arena Bola 803 & Astro GO#SabahFC #BangunlahBersatuSemua pic.twitter.com/OaDvwUDutx
— Sabah FC Official (@SabahFCofficial) January 11, 2025
Musim ini menyaksikan bekas pemain kebangsaan Indonesia itu sudah meledak lima gol serta dua bantuan jaringan daripada 12 perlawanan diharungi.