Menjelang aksi suku akhir Piala FA 2022 pada malam esok, Terengganu dilihat sebagai salah satu pasukan pilihan untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya setelah lawan mereka, Kuching City dianggap tidak begitu sukar berbanding perlawanan lain.
Tambahan mereka juga bakal beraksi di laman sendiri iaitu Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di Gong Badak, serta dikelilingi para penyokong, pastinya ia bakal memberi tekanan buat pihak lawan untuk memberi tentangan buat Terengganu.
🏆 Saingan Piala FA kembali pada Sabtu ini dengan aksi peringkat suku akhir!
Empat pasukan yang akan mara ke separuh akhir ialah..? 🤔
Siaran langsung Melaka United FC lwn JDT di TV Okey & Sukan RTM, dengan semua perlawanan juga di unifiTV, unifi playTV & YouTube.#PialaFA2022 pic.twitter.com/syBVdvgndx
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 21, 2022
Pemain pertahanan import tuan rumah, Agrzim Redzovic menyatakan beliau sudah bersedia untuk mengekang segala bentuk serangan Kuching City yang diketuai oleh Abu Kamara pada malam esok.
Menurut pemain import yang berasal dari Montenegro itu, beliau sudah terlalu mengenali corak permainan Kamara, kerana sebelum itu mereka pernah bergandingan bersama di Laos enam musim lalu untuk mewakili Lanexang United Football Club.
“Abu Kamara adalah pemain yang bagus dan sentiasa bekerja keras. Saya sudah lama mengenalinya kerana dia adalah rakan sepasukan saya ketika bermain bersama kelab Lanexang United Football pada musim 2016, dia adalah penjaring terbanyak ketika itu.
“Jadi sedikit sebanyak saya tahu corak permainannya, jadi saya mempunyai jalan dan yakin dapat menyekatnya daripada bergerak bebas sebagaimana saya lakukan pada dua aksi terdahulu ketika saya menyarung jersi TFC II.
“Insya-Allah jika ada rezeki bermain di peringkat suku akhir di depan penyokong sendiri, saya akan gunakan segala pengalaman yang ada untuk menghalang pemain lawan daripada menjaringkan gol selain menghasilkan jaringan, namun segala keputusan saya serahkan kepada pengendali TFC, Nafuzi Zain,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.
25' Gol | Tandukan Argzim Redzovic memberi kelebihan kepada Terengganu FC!
@fa_penang 0-1 @FCTerengganu #LigaSuper2021 pic.twitter.com/g1UZNDThNf
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 12, 2021
Pemain berketinggian 1.90 meter itu dilihat bakal disenaraikan oleh Nafuzi Zain pada aksi malam esok, setelah rakan sepasukannya iaitu Pape Diakite tidak dapat dibawa turun kerana digantung perlawanan setelah mengutip kad merah pada perlawanan lalu ketika menentang Kedah Darul Aman (KDA).
Walaupun begitu, Redzovic sedar tugas beliau bersama rakan sepasukannya malam esok tetap tidak boleh dianggap mudah walaupun Kuching City hadir selaku kelab dari saingan Liga Premier musim ini.
Menurut beliau, setiap pasukan yang melangkah ke pusingan suku akhir ini masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri dan lawan juga dibimbing oleh pengendali berpengalaman iaitu Irfan Bakti Abu Salim.
📹 HIGHLIGHTS: @FCTerengganu II 2-0 @uitmfclions
Terengganu FC II menewaskan UiTM FC hasil jaringan Jordan Mintah dan Argzim Redzovic pada babak kedua.#LigaPremier2022 pic.twitter.com/AVdtwk28Kd
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 28, 2022
“Atas kertas nampak mudah, tapi kami tidak akan sesekali mengambil mudah biarpun skuad itu hadir daripada pasukan liga kedua, mereka begitu bagus di tambah pula mempunyai jurulatih berpengalaman yang pernah membimbing TFC, jadi pastinya pengendali itu mempunyai cara untuk menyekat kami.
“Namun dengan sokongan padu daripada peminat setia yang dijangka membanjiri stadium, kami tidak mahu melepaskan peluang terbaik ini sebaliknya bakal menyajikan aksi lebih 100 peratus untuk melangkah ke separuh akhir dan seterusnya ke pentas final,” katanya.