Argzim Redzovic: “Saya Tiada Maklumat Berkaitan Proses Naturalisasi”

Pertahanan tengah Terengganu iaitu Argzim Redzovic mengakui kini beliau tidak sabar untuk bergelar pemain naturalisasi seterusnya buat pasukan tersebut pada musim hadapan.

Terdahulu, Argzim yang beraksi untuk posisi pertahanan Terengganu telah pun melepasi syarat ditetapkan bagi diberi status naturalisasi selepas beliau berkelana di Malaysia selama lima tahun.

CEO Terengganu Kecewa Status Naturalisasi Argzim Redzovic Masih Belum Lulus

Malah, pertahanan kental ini juga sudah pun mengahwini gadis tempatan di Malaysia sebelum itu dan mempunyai syarat kukuh untuk diberi status naturalisasi.

Walaupun begitu, sehingga kini jawapan tersebut masih belum diterima oleh pihak pengurusan Terengganu mengenai status pemain kelahiran Montenegro tersebut.

Timbul persoalan jika status Argzim sengaja ‘diperam’ atas sebab tertentu yang menyebabkan beliau masih belum layak untuk didaftarkan selaku pemain tempatan pada musim hadapan.

Ini kerana seorang lagi pemain iaitu Romel Morales sudah pun diberi kerakyatan lebih awal dan telah menyertai kem kebangsaan berbanding Argzim yang masih belum diketahui status beliau.

Walaupun masih belum mengetahui status tersebut, Argzim tetap bersemangat dan mempunyai impian untuk mendapat taraf kerakyatan seperti Morales.

Malah, pemain asal dari Montenegro itu juga mengakui beliau masih belum mengetahui status sebenar jika dirinya bakal memperoleh status naturalisasi pada masa akan datang.

“Kontrak saya bersama TFC ada setahun lagi sehingga akhir musim ini dan sehingga kini saya tiada apa-apapun maklumat berkaitan proses naturalisasi itu selepas menunggu bermula tahun lalu lagi.

“Sejujurnya saya bagaikan tidak sabar untuk bergelar pemain naturalisasi di sini, saya menunggu yang terbaik selepas hampir tujuh tahun beraksi dalam saingan Liga M,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu iaitu Mohd Sabri Abas juga sempat meluahkan rasa kecewa selepas status Argzim masih belum lulus untuk dijadikan sebagai pemain naturalisasi.

“Ya pihak kami sudah membuat permohonan kepada pihak berwajib bagi membolehkan Redzovic didaftarkan sebagai pemain naturalisasi, namun sehingga kini kami masih belum mendapat jawapan berhubung perkara itu biarpun rayuan sudah dibuat.

“Kami meletakkan harapan tinggi agar pemain itu mendapat pasport sekali gus membolehkan dia didaftarkan sebagai pemain tempatan,” kata Mohd Sabri menerusi kenyataan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN