Argentina Pecat Bauza Kerana Letakkan Prospek Piala Dunia 2018 Dalam Bahaya

Argentina sah pecat Bauza. Edgardo Bauza berkhidmat dengan pasukan kebangsaan Argentina kurang daripada setahun.

Beliau sebelum ini dilantik untuk menggantikan Gerardo Martino pada Ogos tahun lalu.

Tata Martino meletakkan jawatan selepas membantu Argentina mara ke final Copa America musim lalu. Argentina tewas di tangan Chile.

Perlantikan Edgardo Bauza memang agak mengejutkan penyokong kerana mereka mengharapkan jurulatih yang lebih berprofil tinggi mengemudi pasukan Argentina.

Argentina sarat dengan bakat-bakat yang luar biasa termasuk Lionel Messi, Higuain, Aguero dan kini nama pemain seperti Dybala pula meningkat naik.

Rekod Bauza dengan Argentina agak teruk. Beliau hanya menang 3 daripada 8 perlawanan yang dikendalikan.

Justeru AFA merasakan Bauza telah meletakkan prospek Argentina untuk layak Piala Dunia 2018 dalam bahaya.

Bekas pengendali Sao Paulo ini terus mendapat kecaman hebat selepas tewas 2-0 di tangan Bolivia baru-baru ini di kawasan altitude tinggi La Paz.

Perlawanan yang mereka bermain tanpa kapten inspirasi Lionel Messi. Messi masih perlu menjalani 3 lagi penggantungan selepas insiden memaki hamun pengadil.

Presiden AFA Claudio Tapia memberitahu kepada media:

“Kami sudah memaklumkan kepada Bauza, bahawa AFA telah memutuskan untuk menamatkan khidmat beliau. Dan kami boleh mengesahkan bahawa beliau tidak lagi menjadi jurulatih kebangsaan Argentina.”

Dengan baki 4 perlawanan dalam pusingan kelayakan CONMEBOL, sasaran paling realistik Argentina adalah untuk berada dalam slot perlawanan penentuan (play-off) di antara benua/zon.

Argentina akan berhadapan dengan Uruguay di Montevideo dalam perlawanan kelayakan seterusnya. Ia diikuti perlawanan di tempat sendiri menentang Venezuela dan Peru.

Perlawanan terakhir kelayakan mereka adalah menentang Ecuador di tempat lawan.

Buat masa ini AFA masih belum memberikan bayangan siapakah bakal menggantikan Bauza.

Baca juga: 3 Negara CONCACAF Hantar Bidaan Piala Dunia ‘Mewah’ 2026

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN