Pasukan Argentina mempamerkan persembahan terbaiknya dalam tempoh beberapa tahun ini dengan membelasah Ecuador 6-1 dalam sebuah perlawanan persahabatan yang berlangsung di Elche, Sepanyol.
Tiga gol pada setiap separuh masa dijaringkan oleh enam pemain yang berbeza. Lucas Alario, Leandro Paredes, German Pazella, Nicolas Dominguez dan Lucas Campos mencatat nama sebagai penjaring.
Argentina memulakan perlawanan tanpa nama-nama besar termasuk kapten pasukan, Lionel Messi yang masih dalam tempoh penggantungan selama tiga bulan kerana mengkritik CONMEBOL semasa kejohanan Copa America berlangsung Julai lepas.
🏆 Amistoso #SelecciónMayor
Así formará @Argentina 🇦🇷 para el encuentro ante #Ecuador 🇪🇨 👇 pic.twitter.com/jg9GhXus9m
— 🇦🇷 Selección Argentina ⭐⭐⭐ (@Argentina) October 13, 2019
La Alibiceleste juga beraksi tanpa pemain Boca Juniors dan River Plate kerana dua pasukan tersebut akan bertemu dalam perlawanan separuh akhir Copa Libertadores. Selain itu, Angel Di Maria dan Sergio Aguero juga tidak disenaraikan.
Sementara itu, pemain Sporting Lisbon, Marcos Acuna mencuri perhatian dengan mempamerkan persembahan memukau di posisi bek kiri sekaligus menggugat kedudukan Nicolas Tagliafico.
Acuna memainkan peranan penting melalui hantaran dari sepakan sudut untuk menghasilkan gol pertama melalui tandukan kencang Lucas Alario selepas 19 minit permainan bermula.
Tujuh minit kemudian pemain berusia 27 tahun itu menghasilkan gol kedua Argentina selepas hantaran lintangnya membuatkan Jhon Espinoza tertampan bola ke gawang sendiri.
Espinoza en contra tras un envío de #MarcosAcuña aumenta la ventaja para la #SeleccionArgentina pic.twitter.com/1wLA4tXni3
— Canal Showsport (@ShowsportCanal) October 13, 2019
Leondro Paredes melebarkan jurang hasil jaringan dari sepakan penalti selepas Lautaro Martinez di jatuhkan di hadapan gawang gol dan meletakkan Argentina selesa dengan tiga gol sehingga tamat separuh masa pertama.
Pemain gantian Ecuador, Angel Mena mengurangkan defisit jaringan tiga minit selepas pemainan disambung melalui sepakan percuma. Tetapi tandukan German Pezzala pada minit ke-66 menjadikan kedudukan 4-1.
10 minit terakhir, Nicolas Dominguez dan Lucas Ocompos terus menghukum Ecuador dengan gol kelima dan keenam untuk membantu pasukan Amerika Selatan itu merekodkan lima perlawanan tanpa kekalahan sejak mereka tewas kepada Brazil di peringkat separuh akhir Copa America Julai lalu.
Resultado Final @Argentina 6-1 @FEFecuador
Lucas Alario 19'
Marcos Acuña 26'
Leandro Paredes (Penal) 31'
Ángel Mena (Tiro Libre) 49'
Germán Pezzella 66'
Nicolás Domínguez 82'
Lucas Ocampos 86' #75AñosEnDeportes @680radioatalaya pic.twitter.com/eDQQl0yDva— Radio Atalaya 680 AM (@680radioatalaya) October 13, 2019
Keputusan ini juga meneruskan rentak positif skuad bimbingan Lionel Scaloni itu selepas mereka bangkit dari ketinggalan 2-0 sebelum mengikat Jerman 2-2 dalam perlawanan minggu lepas.
Dengan prestasi semasa Argentina, adakah Lionel Messi dan beberapa pemain senior lain masih diperlukan?