Argentina 1 Paraguay 1: Pengurusan Taktikal Scaloni Antara 6 Perkara Kami Gariskan

Selepas tewas 0-2 di tangan Colombia pada perlawanan pertama, kapten Argentina, Lionel Messi terus mengingatkan rakan-rakannya bahawa mereka perlu bangkit segera bukannya meratapi kekalahan pada tempoh yang lama.

Berikut adalah 6 perkara yang kami gariskan daripada perlawanan tersebut.

1. Taktikal Lionel Scaloni terus tidak bermaya

Sebelum ini beliau menyalahkan aspek padang sebagai salah satu sebab mereka sukar beraksi. Namun dari sudut taktikal, Argentina masih gagal membentuk taktikal yang mantap – walaupun memiliki ramai bintang.

Ini adalah contoh daripada perlawanan pertama bagaimana berlaku ‘U-Shape’ yang teruk ketika berhadapan Colombia. Tiada akses yang baik di zon 14/tight area.

Dalam aksi menentang Paraguay, pasukan Argentina gagal untuk mendominasi perlawanan lebih baik. Mereka boleh dikatakan bergelut untuk menguasai perlawanan.

Argentina turun dengan formasi 4-4-2 yang menyukarkan pemain seperti Messi yang selesa sebagai false 9 tunggal ataupun sistem serangan bertiga.

Sebelum ini kami menjelaskan Messi lebih selesa dengan peranan no.10 dalam 4-2-3-1. Namun apabila bermain dalam sistem 4-4-2, pemain ini akan kurang impak dalam binaan serangan.

Harus diingat, musim ini Ernesto Valverde banyak menggunakan sistem 4-4-2 dengan Lionel Messi – yang banyak juga mendapat kritikan.

2. Kesebelasan utama Argentina

Merehatkan pemain seperti Angel Di Maria, Dybala dan juga Aguero buat masa ini bukan pilihan yang baik.

Sekurang-kurangnya salah seorang daripada pemain itu – terutamanya Sergio Aguero – harus ada dalam padang untuk membentuk gandingan dengan barisan serangan.

Lainlah ceritanya, kalau Argentina sudah sebelah kaki mara ke pusingan kalah mati. Situasi sekarang, mereka tewas perlawanan pertama. Kemasukan Aguero pada separuh masa kedua ternyata memberikan perubahan kepada Argentina.

Argentina kali ini memiliki ramai pemain bintang serta pemain seperti Lo Celso, Tagliafico pula sangat cemerlang di peringkat kelab masing-masing.

3. Dilema Scaloni

Scaloni sepatutnya sudah ada persiapan taktikal yang jelas untuk kejohanan ini – dan memperbaiki aspek yang perlu sahaja. Di sini bukan pentas untuk bereksperimentasi.

Selepas tewas di tangan Colombia, legenda Argentina, Maradona menyatakan: “Pasukan Tonga pun boleh menewaskan pasukan Argentina yang ada ini.”

Dalam perlawanan kedua, tiada tanda-tanda perubahan yang positif ditunjukkan oleh Argentina dalam perlawanan ini berbanding perlawanan pertama.

Taktikal yang ‘disjointed’, gagal mendominasi kawasan tengah padang serta kurang kreativiti.

Perlawanan ke-3 menentang Qatar bukannya perlawanan yang mudah. Argentina kini dalam tekanan yang agak tinggi. Qatar pula mendapat keputusan yang baik ketika menentang Paraguay, mereka adalah pasukan lebih baik dalam perlawanan tersebut.

Apa yang berlaku dalam Piala Dunia 2018 seharusnya menjadi pengajaran kepada Scaloni. Di mana Jorge Sampaoli terlalu idealis dan tidak ada formasi dan taktikal yang utama (recognized).

Jangan salah anggap dengan kenyataan ini, Sampaoli tetap antara pengurus yang hebat dengan taktikal. Namun perkara yang kami cuba jelaskan adalah, persiapan secara taktikal.

Nak tak nak Scaloni harus mencari salah satu formasi yang memberikan mereka permainan secara berpasukan yang lebih baik dan gunakannya bermula daripada perlawanan akan datang. Mereka memiliki unit pemain tengah dan serangan yang menjadi idaman semua jurulatih kebangsaan di dunia.

4. Paraguay hilang 2 mata

Pengendali Paraguay, Eduardo Berizzo menyatakan mereka adalah pasukan yang hilang 2 mata, dan Argentina adalah pasukan yang berjaya membawa 1 mata. Kenyataan beliau berkmaksud, Paraguay adalah pasukan lebih baik dan lebih berhak untuk menang perlawanan ini.

Paraguay berjaya meneutralkan ancaman Argentina banyak kali. Mereka juga pasukan yang bermain dengan berani berhadapan dengan Argentina. Dan melakukan lebih banyak percubaan ke arah gol.

Malangnya mereka melepaskan penalti – selepas tinjauan VAR – dan penalti itu disempurnakan oleh Lionel Messi.

https://twitter.com/SONTFootball/status/1141523546046230528

5. Miguel Almiron bintang Paraguay

Ketika semua perhatian terarah ke arah Messi dan beberapa nama besar lain dalam pasukan Argentina, bintang Paraguay; Miguel Almiron telah ‘stole the show’.

Pemain Newcastle ini menjadi konduktor dan pusat segalanya untuk Paraguay. Beliau sangat bertenaga dan tidak henti berlari. Almiron memberikan masalah kepada bahagian tengah Argentina.

Larian beliau juga membuatkan Roberto Pereyra seperti baru bermain bola sepak; Almiron bergerak pantas di bahagian sayap kiri dan melorongkan bola cantik yang disempurnakan oleh Richard Sanchez.

Nampaknya, Newcastle ada bintang dalam pembikinan ketika ini.  Sempat juga mereka mengusik Lionel Messi.

6. Argentina wajib menang perlawanan terakhir

‘Bold statement’ di atas adalah satu-satunya syarat untuk Argentina mara ke pusingan kalah mati.

Jika seri ataupun kalah mereka akan tersingkir. Ini kerana Qatar dan Argentina berkongsi mata, dan Argentina di tangga ke-4 ketika ini.

Jadi kini, Argentina akan menentukan nasib mereka pada perlawanan terakhir kumpulan B menentang Qatar.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN