Arda Turan antara pemain terbaik dalam sejarah bola sepak Turki. Namun begitu, beliau juga terkenal dengan sikap panas baran.
Kapten kebangsaan Turki ini mengumumkan persaraan beliau dari arena antarabangsa. Ianya gara-gara kecewa dengan pengguguran nama beliau dari skuad Turki untuk perlawanan seterusnya.
Terbaru, Turan digugurkan dari skuad kebangsaan kerana bergaduh dengan wartawan ketika dalam penerbangan balik dari Macedonia selepas perlawanan persahabatan antarabangsa.
Turan bertegas yang beliau tidak menyesal kerana mengasari wartawan tersebut. Ini kerana wartawan yang bernama Bilal Mese pernah mengutuk Turan dengan teruk sekali ketika kejohanan Euro 2016.
Laporan CNN Turki menyebut, Mese mendakwa Turan menyerang beliau sebaik sahaja berada di dalam pesawat.
Turan terus menghayunkan tangannya untuk menumbuk Mese meskipun dihalang oleh beberapa petugas keselamatan dan rakan wartawan.
Mese memberikan kenyataan kepada CNN Turki:
“Pada mulanya, saya ingat dia bergurau. Tetapi betul-betul dia menghayunkan penumbuk ke arah saya.”
Turan pula memberitahu media bahawa beliau memang menanti masa untuk bertemu dengan Mese. Ini kerana wartawan tersebut telah menghentam Turan dengan teruk sekali.
Paling Turan arah apabila Mese melibatkan keluarganya di dalam laporan kritikan beliau ke atas Arda Turan pada Euro 2016. Dalam ucapan sempena persaraan beliau. Turan berkata:
“Saya melakukan kesilapan kerana melakukannya ketika memakai jersi kebangsaan dalam pesawat pasukan kebangsaan.”
“Tapi, adakah saya menyesal melakukannya? Tidak! Saya sekarang rasa seperti seekor burung. Saya tidak akan pernah lupa apa yang dia pernah tulis tentang saya dahulu.”
“Saya dengan ini mengumumkan persaraan dari karier antarabangsa.”
“Saya bercakap atas kapasiti individu sangat sayangkan negara ini dan cintakan jersi ini dan telah berkhidmat untuk negara dan pasukan kebangsaan di semua peringkat.”
Turan sudah beraksi 94 kali untuk Turki dan menjaringkan 17 gol.